Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 30, 2022 @ 8:19pm

Famili Duo: Minggu Ke-3 Tema Retro 60an & 70an, Jom Semak Senarai Penuh Lagu Ahad Ini!

Pasangan sepupu, Ara Johari dan Shaffiq Erwin mengungguli minggu kedua Famili Duo dengan meraih 69 peratus markah.

Membawa lagu Sedang Ingin Bercinta nyanyian asal kumpulan Dewa 19, Ara dan Shaffiq diberi peluang untuk memilih tema bagi minggu ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo: Ara Johari & Shaffiq Erwin Rampas Takhta Minggu 2 Dengan 69%, Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Untuk persaingan yang bakal berlangsung Ahad ini, Ara dan Shaffiq memilih tema Retro 60an dan 70an.

Bagaimanakah agaknya corak persembahan tujuh pasangan keluarga Famili Duo minggu ini?

Jom kita semak senarai penuh playlist minggu ketiga Famili Duo:

1. Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique: Mas Mona (Datuk Jeffrydin)
2. Siti Saida & Siti Saerah: Malam Pesta Muda Mudi (Puan Sri Saloma)
3. Bella Astillah & Wani Kayrie: I Will Survive (Gloria Gaynor)
4. Ayda Jebat & Fyna Jebat: Staying Alive, Tragedy & Night Fever (Bee Gees)
5. Ara Johari & Shaffiq Erwin: Aci Aci Buka Pintu (Tan Sri P Ramlee & Puan Sri Saloma)
6. Zaki Yamani & Yamani Abdillah: Khayalan (Black Dog Bone)
7. Sissy Imann & Naim Daniel: Kasih (Datuk Sudirman) & Seiring Sejalan (Broery Marantika & Datuk Sharifah Aini)

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan bersaing dalam Famili Duo untuk merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

#InstagramDarkMode Trending Di Twitter

Pengguna iPhone Dan Android Teruja Insta Jadi Gelap

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Featured Mon, 26 Jul 2021

“Saya Jadi Peminat Program Ini Semenjak Kecil…” – Ganti Daiyan Trisha, Sissy Imann Jadi Hos Baru Muzik Muzik 36

Penyanyi Sissy Imann membuat kejutan apabila bakal menggantikan Daiyan Trisha sebagai  hos baru rancangan Muzik Muzik 36 yang akan disiarkan di TV3 bermula 1 Ogos ini. Walaupun baru menapak dalam bidang pengacaraan, Sissy yakin tanggungjawab […]

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
error: Content is protected !!