Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 5, 2023 @ 5:39pm

Didakwa Simpan ‘Beer’ Dalam Peti Sejuk, Ini Respons Danial Chuer

Penyanyi Danial Chuer mendedahkan dirinya didakwa menyimpan minuman keras.

Memaklumkan perkara terbabit menerusi ciapan di akaun Twitter, Danial didakwa menyimpan minuman dalam peti sejuk rumah sewanya.

“Housemate baru aku complain dekat agent rumah, cakap ada beer dekat dalam fridge. Aku pun peliklah, mana pernah aku nampk ada beer sepanjang aku stay sini even though I have non-muslim housemates.

“Rupanya, Ning Xia lah gila dia panggil beer,” ciap Danial.

Untuk info, Ning Xia yang didakwa minuman keras itu adalah suplemen antioksida.

Malah, Danial menyatakan bahawa rakan serumahnya itu boleh sahaja membuat carian mengenai minuman tersebut sebelum menuduh semberono.

Namun begitu, Danial atau nama sebenarnya Danial Chuer Hamasiah Samsudin, 21, tidak marah dengan insiden tersebut malah ia menghiburkan harinya.

“Aku ni dah lah tak pernah-pernahnya reply dalam group rumah, tiba-tiba hari ini tergerak hati nak reply sebab aku rasa kelakar tau.

“I mean, kalau dia tak tau apa benda natang Ning Xia ni, he could’ve search on internet what. Takpelah, ada jugalah hiburan untuk hari ini,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Apr 2024
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Cabaran Anuar Zain Berdepan BCL Dan Yuka

Bagi penyanyi A-List ini, dia dan dua lagi penyanyi yang popular di negara Indonesia itu perlu memilih lagu mengikut kesesuaian vokal mereka memandangkan ini adalah kali pertama mereka bekerjasama

Events Wed, 15 Aug 2018

Wow! Kini CJ Wow Shop Beri Ganjaran Dalam Wow In A Million?

Kempen “WOW in a Million” akan memebri kejutan kepada anda? Nak tahu apa agaknya kejutan bakal menemui anda, baca artikel ini

Featured Fri, 3 Feb 2023
Trending Wed, 4 Jul 2018

‘Fikirkan Pengorbanan Ayah Saya…’ – Anak Perempuan Najib Razak

Yana Najib anak kepada bekas perdana menteri Malaysia telah memuatnaik pandangannya mengenai Najib Razak, menyeru rakyat Malaysia untuk mengenang jasanya……

Featured Tue, 7 Feb 2023
error: Content is protected !!