Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 20, 2023 @ 7:37pm

[VIDEO] Sebaknya! Kata-Kata Angeline Tan Buat Dina Nadzir Soal Jodoh Sentuh Hati Ramai – “Allah Tak Pernah Abaikan Sesiapa”

Umum mengetahui pengarah, pelakon dan pelawak terkenal, Sabri Yunus, dengan pelakon, Ardini Angeline Tan sah bergelar suami isteri minggu lalu.

Terbaharu, tular sebuah rakaman video yang memaparkan Angeline Tan bersama penyampai radio, Dina Nadzir.

Menerusi video tersebut, Angeline dan Dina saling berpelukan dan tidak henti berdoa antara satu sama lain.

Apa yang membuatkan ramai sebak, apabila kedua-dua wanita itu mengalirkan air mata saat Dina mengatakan dia sangat gembira dengan Angeline.

“I’m so happy for you,” kata Dina sebak.

Angeline yang memeluk erat Dina itu turut mendoakan agar Dina dikurniakan jodoh suatu hari nanti.

“I doa for you okay.

“Doa for you on the very best your jodoh will come one day also.

“Saya tidak menyangka di usia 56 ini, saya diberikan semua ini,” ujar Angeline.

Ujar Angeline lagi, dia berkata bahawa Allah itu tidak pernah meminggirkan sesiapa dalam apa jua perkara.

“Saya berterima kasih kepada Allah untuk semua ini. Allah tak pernah abaikan sesiapa. Itulah apa yang saya fikirkan.

“Setiap hari adalah hari yang baik. Allah memberikan kita hari yang baik setiap hari. Tak pernah tiada hari yang baik.

“Itulah apa yang saya ungkapkan pada sesorang pada hari itu,” katanya.

Mengakhiri pertemuan itu, Angeline turut mengucup dahi Dina sebagai tanda kasih dan sayang.

Ternyata, perkongsian tersebut menyentuh hati warga maya malah menyifatkan kata-kata Angeline itu sangat bermakna.

Untuk info, Ardini Angeline Tan memeluk Islam pada 26 September lalu.

Pasangan ini dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza, 14 Oktober lalu dalam satu majlis tertutup di Perlis.

Sabri dan Angeline digandingkan buat kali pertama menerusi drama Pak Din KK pada 1992. Kemudian meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Sabri pernah berkahwin dengan Norraya Mohd Yusof dan dikurniakan tiga anak. Bagaimanapun, Norraya meninggal dunia akibat kanser pada Ogos 2007.

Sementara itu, Angeline pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Selamat Diijabkabulkan, Sabri Yunus Kini Suami Kepada Angeline Tan – “Mula-Mula Rapat Tiga Tahun Lalu…”

ARTIKEL BERKAITAN: Sara Ali Kongsi Proses Percintaan Sabri Yunus & Angeline Tan – “Kesabaran Dan Effort Dia Nak Tambat Hati…”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mula Terbuka Hati Lepas Sebulan Bekerjasama Dalam Sitkom ‘Tanya Sama Pokok’, Angeline Tan Kongsi Cara Sabri Yunus Melamar – “Saya Tak Perlu Berpura-Pura…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Aug 2021

Dakwa Dapat Majoriti Penuh, Ismail Sabri Calon Perdana Menteri Ke-9

Berikutan keadaan politik yang melanda negara ketika ini, Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pasir […]

Featured Mon, 23 Sep 2024

Pelantun Lagu Popular ‘Gala Bunga Matahari’ Sal Priadi Tampil Dengan Konsert Perdana Di Malaysia Oktober Ini

Wah! Jom sama-sama nyanyi Mungkin kah… Mungkin kahhhh, Mungkin kah….🌻🌻🌻

Trending Thu, 21 May 2020
Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Trending Sat, 12 Jan 2019

择定开工吉日!也要懂得开工开运秘笈~

当我们确定了开工的吉日后,那么在开工当天又应该要做好什么准备呢?

Featured Wed, 12 Oct 2022

MK K-Clique Berlatih Jadi Pengantin, Netizen Tawar Diri Jadi Isteri

Siapa lah yang bertuah dapat jadi suri hati MK ni kan?

Filem Sun, 28 Aug 2022
Hiburan Sun, 15 Oct 2023

Guru Perlekeh Murid Bawa Bekal Nasi Berlaukkan Ulat Sagu

Tak baik tau! Sampai hati cikgu tu😢🥺

error: Content is protected !!