Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 18, 2023 @ 1:45pm

[VIDEO] Mula Terbuka Hati Lepas Sebulan Bekerjasama Dalam Sitkom ‘Tanya Sama Pokok’, Angeline Tan Kongsi Cara Sabri Yunus Melamar – “Saya Tak Perlu Berpura-Pura…”

Berita perkahwinan pasangan selebriti, Sabri Yunus dan Angeline Tan sehingga kini masih menjadi buah mulut orang ramai yang teruja apabila mereka disatukan.

Menerusi temubual bersama radio Gegar, Angeline menceritakan bagaimana detik perasaan ‘cinta’ itu terbina kepaada suami tersayang, Sabri.

Sabri Yunus

Kata Angeline, perasaan ganjil dan istimewa itu muncul apabila mereka mula bekerja selama sebulan dalam sitkom ‘Tanya Sama Pokok’.

“Bila dah berkawan lama, kami macam adik-beradik. Tiba-tiba satu hari Abang Sabri cakap ‘Angeline, apa kata kita cuba ‘berkawan’, saya faham dan cakap boleh… sebab saya rasa selepas kami bekerja dalam ‘Tanya Sama Pokok’, kami berdua timbul perasaan yang sangat ganjil, istimewa.

“Abang Sabri adalah orang yang saya hormati dari tahun 1992, dia adalah seorang artis pujaan saya. Dengan bakat dia, baiknya, persahabatan dengan semua orang.. saya rasa sangat kagum dengan dia.

“Bila bekerja sebulan dalam Tanya Sama Pokok, dia sangat baik sampai tak boleh cari satu perkara yang buruk pun. Jadi saya fikir, ‘why not cuba’. Saya cakap pada Abang, kita cuba tapi kita doa terbaik,” katanya.

@gegar.my

Angeline Tan kongsikan momen momen indah masa nak melamar 😍. Sebak gais dengar 30 Tahun berkenalan ❀ #Pilihan1PantaiTimur

♬ original sound – GEGAR – GEGAR

Tak Perlu Berpura-pura

Sementara itu, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan, perasaan cinta itu hadir secara semula jadi tanpa sebarang paksaan, malah dia tidak perlu menjadi wanita berbeza apabila berhadapan pelakon dan pengarah itu.

“Hubungan kami mengalir seperti air, semuanya berjalan dengan lancar. Kami tak ada nak paksaan dalam perasaan masing-masing, saya pun tak perlu nak berpura-pura depan dia.

“Apa saja yang Abang Sabri tak pernah nampak perwatakan saya, tak perlu berselindung. Kena hati ikhlas, jujur kami berkawan. Sampai satu hari Abang Sabri kata ‘Angeline apa kata, kita kahwin?’

“Dan saya pandang Abang Sabri saya cakap, ‘boleh’,” katanya seraya tersenyum.

@gegar.my

Awhhh sebak dengar perjalanan kisah mereka ni đŸ„șđŸ„ș #Pilihan1PantaiTimur

♬ original sound – GEGAR – GEGAR

Sebelum ini, Sabri meluahkan rasa kesal apabila pernikahannya bersama Angeline dituduh tidak sah dan berzina apabila lafaz ijab kabulnya didakwa tidak sempurna.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pendakwah Dakwa Ijab Qabul Sabri Yunus, Angeline Tan Tidak Sah & Dituduh Berzina, Ini Respons Tuan Badan – “Jangan Letak Hukum Atas Dasar Kebencian Semata”

Artikel Berkaitan: Dituduh Berzina & Didakwa Tidak Sah, Dr Maza Perjelas Isu Akad Nikah Sabri Yunus & Angeline Tan -“Jangan Jadikan Benda Ni Terlalu Rumit”

Artikel Berkaitan: “Ustaz Zaman Kini Ada Yang Aneh-Aneh” – Isu Akad Nikah Tak Sah, Fasha Sandha Pertahan Sabri Yunus, Angeline Tan

Aktres popular dengan watak Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu memeluk Islam pada 26 September lalu.

Sekadar info, Sabri dan Angeline sah mendirikan rumah tangga pada 14 October 2023 di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis.

Mereka diijabkabulkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Sebelum ini, Sabri bergelar duda selama 16 tahun selepas kehilangan isteri, Norraya Mohd Yusof akibat kanser pada 2007, mereka dikurniakan tiga anak.

Artikel Berkaitan: Sara Ali Kongsi Proses Percintaan Sabri Yunus & Angeline Tan – “Kesabaran Dan Effort Dia Nak Tambat Hati
”

Artikel Berkaitan: Tahniah! Selamat Diijabkabulkan, Sabri Yunus Kini Suami Kepada Angeline Tan – “Mula-Mula Rapat Tiga Tahun Lalu
”

Kredit foto: Gegar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Aug 2025

Isteri Aliff Syukri Kongsi Kisah Seram, Pintu Bilik Tiba-Tiba Terbuka Tepat Pukul 4 Pagi

atin Shahida berkongsi kisah seram yang dialaminya menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Hiburan Fri, 9 Jan 2026
Trending Thu, 15 Aug 2019

Polis Dedah Punca Kematian Sebenar Nora Anne, Bocor Usus Akibat..

Susulan kematian gadis warganegara Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun yang hilang sewaktu bercuti di The Dusun Hill Pantai, Negeri Sembilan bersama keluarganya berakhir dengan kematian apabila mayatnya dijumpai tidak jauh 1.5 kilometer dari resort […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

[BREAKING NEWS] SHINEE’S JONGHYUN PASSES AWAY

UPDATE: Jonghyun had specifically rented out an apartment for his suicide. He also left a letter which he wanted everyone to read.

Hiburan Wed, 19 Dec 2018
Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Pakai Reben Di Rambut, Risteena Didakwa Tiru Seseorang? Ini Respons Empunya Badan

Risteena didakwa memakai reben di rambut ikut gaya seorang selebriti wanita

Hiburan Tue, 4 Jul 2023

Keluarga Terkesan, Shuib Buru John Dihani
 Heret Ke Mahkamah – “Fitnah Melampau, Nampak Macam Saya B*n*h Isteri Saya”

Nampaknya John Dihani dah minta maaf secara terbuka kat IG dia tu, tapi Shuib terima ke? 😌😌

Hiburan Tue, 5 Feb 2019

Hael Husaini Akui Lagu Di Matamu Kuat

Mungkin tahun ini, rezeki berpihak kepada Haram. Tahniah Hael dan Ezra Kong!

error: Content is protected !!