Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 10, 2023 @ 3:37pm

Netizen Tanya Bila Nak Kahwin 2… Respons Isteri Aliff Syukri Buat Ramai Setuju – “Pindahkan Semua Aset Dulu…”

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsi momen dan gelagat lucu bersama dengan keluarganya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai.

Susulan isu panas berkahwin dua sedang hangat diperkatakan, Aliff turut terkena tempias yang disoal oleh netizen sama ada mahu berkahwin baru atau tidak.

“Datuk bila mahu kahwin dua?” soal netizen.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Aliff menjawab soalan tersebut sambil merakam dan bertanya kepada isterinya Datin Seri Nur Shahida yang duduk di belakang ‘seat’ kereta.

“Ha macam mana, orang tanya ni,” tanyanya kepada isterinya itu.

Namun apa yang menghiburkan hati ramai adalah respons yang diberi oleh isterinya yang menyuruh Aliff untuk memindahkan semua harta kepadanya dahulu jika mahu berkahwin lain.

“Pindahkan semua aset dulu kepada nama saya, lepas itu suka hatilah,” balas Shahida.

Jawapan yang diberi oleh Shahida turut membuat Aliff terkejut sehingga bertanya kembali kepadanya.

“Oh so awak sayang saya sebab harta jelah?” soal Aliff.

Sekali lagi, respons jujur yang diberi oleh Shahida kepada Aliff membuat rata-rata pengikutnya terhibur.

“Ye betul. Saya sayang awak sebab harta!” akhiri Shahida.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur mendengar respons yang diberi oleh Shahida tersebut dan turut bersetuju dengan jawapan yang diberikan.

“Sebab life dengan Datin bermula dengan kosong, so nak kahwin lain kena bermula dari kosong balik baru adil.

“Dulu Datuk belum kaya raya, isteri inilah yang nak dekat Datuk jugak. So jangan buat hal.

“100 peratus setuju. Sebab masa susah dulu bini nombor 2 tak ada.

“Saya sokong Datin, pindah semua harta baru boleh kahwin lain.

“Betul Datin, kalau nak kahwin dua. Biarkan Datuk mulakan dari kosong hahaha.

“Patut pun bagi semua Datuk. Susah senang dengan Datuk dari awal. Cukup Datin seorang. Lawa, baik, sopan. Semua lengkap,” komen netizen.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang tidak membenarkan Aliff untuk berkahwin baru memandangkan Shahida setia dan sering bersamanya dari awal.

“Janganlah kahwin Datuk. Cukup seorang pun dah bahagia. Semua ada,” komen salah seorang netizen.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Terima Berita Adik Putus Cinta, Asyraf Khalid Luah Rasa Sedih

Tyra memiliki masa depan cerah, mana-mana lelaki yang memiliki awak sangat bertuah.

Featured Fri, 14 Jun 2024

Sharifah Rose Dan Aniq Durar Terjebak Cinta Dua Darjat

Korang jangan lupa saksikan okay drma terbaru ni!!

Featured Thu, 11 Aug 2022

Sering Digandingkan Bersama, Amar Baharin Tak Kekok Berlakon Dengan Isyariana

Biarkan Ia Pergi gandingan Amar Baharin & Isyariana

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Masih Menjalani Rawatan, Remy Ishak Terus Istiqomah

Doakan Remy kembali pulih seperti biasa.

Featured Tue, 9 Jan 2024
Trending Tue, 28 Jan 2020

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Virus Nipah pernah meragut nyawa, virus ini rupanya berpunca dari..

Featured Mon, 14 Apr 2025
error: Content is protected !!