Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 10, 2023 @ 4:12pm

Nadia Brian Dedah Trauma Ibu Dipukul Bapa – “Tak Tahu Saya Mengalami Masalah Mental…”

Pelakon Nadia Brian mendedahkan pernah mengalami situasi trauma akibat keganasan rumah tangga ibu bapanya.

Memetik laporan Harian Metro, sewaktu kecil dia tidak pernah terdedah dengan masalah kesihatan mental sehingga dirinya meningkat dewasa.

“Mak saya pernah menderita akibat keganasan rumah tangga selama 14 tahun dan pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital pada waktu itu.

“Malah kejadian yang berlaku, pernah dipaparkan dalam sebuah program TV serta menarik perhatian bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial, Allahyarham Tan Sri Napsiah Omar pada era 90-an.

“Masalah rumah tangga yang dialami keluarga saya turut memberi kesan dan trauma kepada saya. Tapi ketika itu saya masih kecil dan tidak tahu saya mengalami masalah kesihatan mental,” katanya. 

Menurutnya, dia percaya ada hikmah disebalik detik hitam yang pernah berlaku dalam kehidupannya dan tiada menyimpan dendam terhadap bapanya.

“Saya bukan nak buka aib keluarga tetapi ini adalah sebagai pengajaran terhadap isu gangguan mental. Malah, apa yang berlaku tidak membuatkan saya membenci bapa.

“Saya anggap semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Lagipun kejadian itu sudah lama, saya pandang positif.

“Buat apa nak susah hati perkara lepas. Dalam hidup ni satu saja yang saya mahukan iaitu ketenangan. Tenang itu mahal,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Fri, 23 Nov 2018

Mangsa Simbah Asid Terkilan Ditipu Jutawan Kosmetik Terkenal?

Wanita ini terkilan dengan individu yang menabur janji palsu namun begitu sehingga sekarang tiada tindakan diambil. Apa kes ni?

Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Featured Thu, 26 May 2022
Trending Tue, 16 Jun 2020
Featured Fri, 2 Dec 2022

Tarbiah Netizen Tak Qada Solat: “Kena Ke Neraka Dulu Baru Syurga” – Ustaz Wadi Anuar

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar memberi pesanan kepada warganet yang pernah meninggalkan solat. @zikirselalu Qadha solat #fypシ #ustazwadiannuar ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok oleh @zikirselalu, […]

Featured Sun, 21 Feb 2021

Kerajaan Cadang Keluarkan Pasport Vaksin Untuk Penerima Vaksin

Setelah hampir dua tahun memerangi COVID-19, Vaksin Pfizer BioNtech akhirnya tiba di Malaysia pada hari ini. Justeru, kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr […]

Contest Wed, 16 Oct 2019

#xtragiveaway Air Supply: The Lost in Love Experience in Genting 2019 Ticket Contest

Don’t miss the golden chance to win free tickets to see the legendary rock duo Air Supply in Genting this December!

error: Content is protected !!