Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Dharnieya Nur Amelsa January 11, 2023 @ 5:23pm

Kongsi Video Sempena Ulang Tahun Kelahiran Suami, Mawar Rashid Sebak – “Banyak Ups & Down Kita Lalui Sama-Sama…”

Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid berkongsi video sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf di laman Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Mawar sebak apabila menyunting video tersebut memandangkan terlalu banyak naik dan turun yang mereka lalui bersama-sama dalam kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

Tambahnya lagi, dia berharap dapat melakukan segalanya bersama dengan suaminya selama-lamanya.

“Happy Birthday suamiku. Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke Jannah dan bahagia hingga ke anak cucu.

“Sebak sangat buat video ni, banyak ups and down kita dapat lalui sama-sama, kita sama-sama belajar erti kehidupan, kita sama-sama jaga each other masa Covid, kita sama-sama enjoy dan struggle jaga anak, kita sama-sama pening dengan karenah masing-masing, kita sama-sama cari duit, kita sama-sama nak berubah ke arah kebaikan.

“Dan sekarang ni, kita sama-sama berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih stabil dari segi kesihatan, kekeluargaan dan kemewahan. Semua kita sama-sama sampai bila-bila okay,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Kalis Kasih itu turut berkata dia bersyukur sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, dia dapat mengenali hati satu sama lain dengan lebih mendalam.

“Syukur sangat, walaupun dah lima tahu melayari bahtera rumah tangga, semakin kita sama-sama dapat mengenali hati masing-masing dengan lebih dalam dan kasih sayang itu semakin bermakna. Semoga Allah swt berkati kita semua. Amin love you Raden love,” akhirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi ucapan ulang tahun kelahiran kepada suaminya dan turut menitipkan doa kepada pasangan suami isteri ini.

“Aww so sweet, till Jannah Aamiin. Happy Birthday.

“Aamiin kak dan abang, till Jannah ye. Suka tengok akak dan abang

“Please jangan tinggal Mawar tau. Please setia dengan Mawar tau. Moga dipermudahkan segala urusan yang panjang jodoh korang. Aaamin.

“Believe it or not. I started to following you from my explore, I saw your marriage proposal pic and i’m so in love with you guys,” komen netizen.

Tidak mendiamkan diri, Raf turut membalas di ruangan komen dengan kata-kata yang cukup menyentuh hati.

“I turned 38 on 9/1. We first met on January 2017. Now dah 6 tahun kenal dan 5 tahun 2 bulan nikah. M life feels so complete ever since I met you. Takkan abang sia-siakan kisah cinta kita, sampai hujung nyawa abang. Just you and only you, forever and ever. Love you forever and ever my lady,” balasnya.

Untuk info, Mawar Rashid dan Raden Ahmad Faizal Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 Jun 2018

Kejam! Lelaki Tikam Ibu Sebab Kari Ayam

Dalam kejadian di Badepuram, Guntur, Andhra Pradesh itu, Bejjam Kishore, 45, membeli ayam pada Ahad lalu dan memberi kepada ibunya, Bejjam Mariamma, 80, lapor Times of India.

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

Kebiasaannya, kami menyediakan khemah untuk sanak-saudara dan peminat yang datang beraya. Hari raya kedua dan ketiga pun rumah nenek masih penuh dengan tetamu.

Featured Tue, 4 Jan 2022

Tular Video Pemandu Lori Langgar Tiga Buah Kereta Dituduh Mabuk, Rupa-Rupanya Sedang Alami Sakit Jantung

Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang pemandu lori yang terlibat dengan satu kemalangan membabitkan tiga buah kereta yang berlaku di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh berdekatan dengan kilang Daikin. Seorang wanita yang merakamkan kejadian […]

Featured Fri, 3 Sep 2021
Hiburan Wed, 17 May 2023

Aina Abdul Lali Kecaman, Sifatkan Diri Seperti Baju Kalis Peluru

Aduh memang kena kalis peluru pun sebab nak bawa fesyen yang gempak kan?

Featured Wed, 15 Sep 2021

Kerajaan Mampu Laksanakan Tambahan Skim i-Citra RM 10,000, i-Survive RM 5,000 One Off Kepada B40 M40′

Umum maklum, kerajaan telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra yang berjumlah RM 5,000 one off kepada rakyat. Namun, cadangan agar kerajaan dapat menambah baik skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM 5,000 kepada rakyat telah […]

error: Content is protected !!