Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal January 12, 2023 @ 1:46pm

Warehouse Elrah Terbakar Angkara Khianat, El Azman Tawar RM100,000 Kepada Mereka Yang Menjumpai Pelaku

Usahawan El Azman menawarkan RM100,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai individu yang bertanggungjawab melakukan khianat membakar warehouse Elrah.

@elazman Minta kawan2 tolong share posting ni ye A Saya beri Ganjaran RM100,000 yang menjumpai perlaku jahat ini #fyp ♬ original sound – El Azman

Menerusi kemas kini terbaharu di TikTok, El menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sewaktu kejadian.

“Saya nak bagi RM100,000 kepada sesiapa yang dapat jumpa pelaku yang cuba membakar warehouse Elrah saya,” tulis El.

Sementara itu, El berasa terkilan kerana ada golongan yang sanggup menganiaya perniagaannya dan memusnahkan punca rezeki ramai ejen Elrah.

“Di sini ada beribu harapan orang! Di sini orang mencari punca rezeki, di sini ramai orang dapat manfaat.

“Kenapa dia tergamak cuba membakar dan menghancurkan harapan dan cita-cita agent Elrah? Tergamak sungguh!” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya memberikan kata-kata semangat dan ada juga yang membantu menghulurkan bantuan.

“Ambil cop jari dekat pagar yang dia pegang tu bang.

“Terus kuat bro mesti ada lagi terbaik dengan apa yang berlaku ni bro.

“Ujian tuan, benda dah jadi. Dalam perniagaan mesti ada yang dengki tuan, semoga Elrah abngkit semula,” komen netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Gara-Gara Akaun Instagram, @boss_ned Warning Netizen?

Nedim memaklumkan bahawa, baby Ney Ney tidak akan ada akaun sendiri melainkan bila Ney Ney sudah besar dan boleh memilih sendiri sama ada mahu menjadi public figure ataupun hidup in a private life

Featured Tue, 5 Jul 2022
Featured Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Trending Fri, 15 Jan 2021

Penuntut IPT, Pelajar Masuk Asrama Tak Wajib ‘Swab Test’

Kepada penuntut IPT, ambil maklum ye..

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

Rindu Tak Terubat, Aliff Aziz Tunggu Saat Bertemu Anak-Anak – “Sebagai Ayah Saya Gembira Melihat Ayden & Ara Dalam Persekitaran Terbaik”

Aliff mengakui gembira melihat Ayden dan Ara berada kini semakin bahagia dan berada dalam persekitaran yang harmoni

Hiburan Wed, 30 Jan 2019
Trending Sat, 31 Mar 2018

Amal Leman Baton Selama 4 Hari, Hilangkan Batuk & Selesema Bayi

Lemon baton insyallah dapat membantu bayi yang sedang selesema dan batuk. Ingat amalkan 4 hari insyallah.

error: Content is protected !!