Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal January 12, 2023 @ 2:29pm

Peminat Nyanyi Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah Bersama Baby Shima, Netizen Komen: “Lagi Sedap Dari Suara…”

Tular sebuah video penyanyi kontroversi, Baby Shima berduet bersama peminatnya di salah satu festival hiburan baru-baru ini.

@hanybae4 Membalas kepada @⚡️ ♬ bunyi asal – هاني

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @hanybae4 di laman TikTok, video tersebut telah tular dan meraih perhatian ramai.

Lebih menarik lagi, Shima seakan terpegun mendengar suara peminatnya itu setelah memberikan mikrofon kepadanya.

Dalam pada itu, penonton juga seperti mengakui kehebatan suara gadis tersebut dengan terdiam sejenak menikmati kelunakan suara peminat Shima itu.

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji bakat yang dimiliki oleh peminat Shima itu dan ada juga wargamaya yang berpendapat suara gadis tersebut lebih memukau berbanding suara Shima.

“Sedap dari suara Baby Shima.

“Tenggelam member yang pegang mikrofon tu.

“Sorry kak, dia boleh ganti Baby Shima dah. Baby Shima dah veteran,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 378,000 tontonan dan menerima lebih 27,000 tanda suka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Apr 2018

Walaupun Dikecam Teruk, Neelofa Tetap Menang Besar Di AME 2018

Walaupun dikecam teruk tentang isu tersebut, ia tidak menjadi penghalang untuk Neelofa menang besar dalam Anugerah Meletop Era (AME) 2018 yang diundi sendiri oleh peminat-peminatnya.

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

APA LAGI NI KAMAL ADLI?

Apabila diajukan soalan mengenai Zahirah McWilson dan isu Emma dikaitkan dengan seorang lelaki berpangkat Datuk. Kamal enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

「蝴蝶姐姐」恺乐519来马举办唯一一场签唱会

来自台湾的「巧克力女神」恺乐即将带着她的全新专辑《黑蝴蝶》来到马来西亚举办唯一一场专辑签唱会,与久违的大马歌迷们见面!

Hiburan Wed, 20 Nov 2024

“Belajar Terima Teguran” – Fatin Afeefa Malu Dengar Kenyataan Aktor Baharu Terkilan Dibuli Pelakon Senior 

Fatin Afeefa bersuara isu pelakon baharu didakwa dibuli dengan pelakon senior

Featured Fri, 22 Aug 2025

“Ini Bukan Tentang Zara Qairina Sahaja Tapi Keadilan Patut Lindungi Mereka Yang Tak Mampu” – Ameera Khan

Ameera Khan tampil bersuara mengenai hukuman yang diberikan kepada pembuli

Trending Fri, 10 Jul 2020
error: Content is protected !!