Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 12, 2023 @ 8:14pm

Kerispatih & Sammy Simorangkir Bakal Cipta Memori Indah Pada 24 Februari Ini!

Kumpulan terkenal dari negara Indonesia, Kerispatih dan bekas vokalis mereka, Sammy Simorangkir bakal menghiburkan peminat di Zepp Kuala Lumpur pada 24 Februari ini.

Konsert yang berjudul Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir ini dibawakan khas oleh tiga penganjur iaitu 4ward, Tiger Wong Entertainment dan MHT Live.

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif 4ward, Nashrul Nasih memberitahu penganjuran konsert dengan produksi dari Indonesia ini merupakan satu permulaan untuk lebih banyak kerjasama pada masa depan.

Sementara itu, penganjur bersama, Tiger Wong Entertainment melahirkan rasa sangat berbesar hati membawakan Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kepada peminat di Malaysia.

Menurut Kerispatih dan Sammy, mereka sudah tidak sabar untuk menghiburkan peminat di Malaysia dan berharap agar konsert ini menjadi sebuah konsert yang Tidak Akan Lekang Oleh Waktu.

“Jujurnya, kami sudah lama menanti kesempatan untuk kembali menyapa penggemar di Malaysia. Kangenlah pasti, apalagi penggemar di Malaysia adalah antara pendukung
terbesar kami.

“Mengambil semangat judul konsert ini, kami sangat ingin berbagi nostalgia dan momen
terbaik kepada semua. Akan ada belasan lagu yang dipersembahkan nanti.

“Ia pasti akan menjadi pertemuan perdana di tahun 2023 yang manis untuk dikenang dan
diharap akan membuka lebih banyak pintu kami beraksi di sini pada masa akan datang,” ujar
Kerispatih.

Tiket tiket konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir mula dijual pada harga RM255 (Cat 1- Festival: free standing), RM355 (Cat 2: VIP upper deck-premium seat), RM305 (Cat 3: VIP upper deck – normal seat) dan RM4,800 (VIP box).

Para peminat boleh mendapatkan tiket mulai 13 Januari ini bermula jam 5 petang. Segala maklumat terkini boleh didapatkan di laman sosial Instagram iaitu @momentsof.music.

Semua pembelian tiket boleh dilakukan melalui atas talian di laman sesawang https://momentsofkerispatih.com/

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 May 2026

Pernah Diuji Hingga Dihalau, Dibaling Makanan… Ozlynn Syukur Rumah Tangga Masih Utuh

Ozlynn bersyukur kerana dia dan Johan sentiasa berdepan setiap ujian bersama-sama sepanjang melayari alam rumah tangga.

Featured Thu, 23 Jan 2025

“Fatima Jangan Sedih, Yang Kamu Perlu Tahu Hati Daddy Memelukmu Selamanya” – Fattah Amin

Fattah Amin mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan buat anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya

Events Mon, 2 Dec 2019

长得「好笑」会走好运?八度空间微笑大使邀你同欢笑

首要媒体2020鼠年新春活动开跑!微笑大使自嘲长得「好笑」获选,势要大众一起笑迎新春佳节!

Hiburan Fri, 3 Jan 2025

“Apa Sahaja Ibu Kongsikan, Saya Enggan Komen Lanjut” – Nelissa Nizam Mahu Selesaikan Masalah Keluarga Secara Peribadi

Nelissa Nizam mahu selesaikan isu dengan ibu secara peribadi bersama ahli keluarganya.

Featured Sun, 12 Apr 2020
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

《音乐还没死》记录大马乐坛30年!李吉汉自爆曾想放弃音乐路

纪录片文字书《我们死了, 音乐还没死Music Alive》由马来西亚中文乐坛41组音乐人亲述,纪录着中文音乐产业近30年的兴盛与衰败。

Selebriti Wed, 1 Nov 2023
Trending Wed, 4 Nov 2020
error: Content is protected !!