Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari January 13, 2023 @ 8:03pm

Isu Langgar Kontrak: “Kadang-Kadang Benda Jadi Kita Tak Boleh Kawal” – Amelia Henderson

Pelakon jelita Amelia Henderson memberitahu bahawa dia akan mendapat tarikh untuk keputusan perbicaraannya mengenai kes dakwaan melanggar kontrak perjanjian sebuah drama.

“Apa yang saya boleh cakap… esok saya akan dapatkan tarikh keputusan. Jadi, esok (hari ini) peguam saya ada submission dan saya akan dapat tarikh terakhir untuk saya naik mahkamah dapat keputusan, itu sahaja yang boleh cakap,” jelasnya.

Amelia ketika ditemui di sidang media pelanacaran filem Pulau di Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur, semalam.

Tambah Amelia, apa yang berlaku adalah di luar kemahuannya walaupun sudah cuba untuk bersikap profesional.

Malah, dia juga memaklumkan bahawa walaupun perkara ini berlaku atau memberi kesan dia tetap akan meneruskan karier lakonannya.

“Saya dah cuba sedaya upaya selama karier saya untuk memastikan yang tindakan saya sebagai seorang pelakon, profesional.

“Tapi, kadang-kadang benda jadi kita tak boleh kawal dan kalau itu apa jadi saya tak takut. Saya akan teruskan macam mana saya uruskan diri saya sebelum ini sebab saya yakin dengan kedudukan saya,” kongsinya.

Untuk info, filem Pulau akan ditayangkan di seluruh negara pada 9 Mac ini.

Amelia selaku pemegang watak utama dalam filem ini turut digandingkan dengan barisan pelakon lain seperti Alif Satar, Namron, Ikmal Amry, Harris Anuar, Wan Hanafi Su, Sabronzo, Sanjna Suri, Joey Leong, Mark O’Dea dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 May 2018

吴亦凡刷新个人纪录 新歌《Like That》美国双榜登顶

吴亦凡新专辑首支单曲《Like That》已全球上线,上线不到一个半小时,登顶美国iTunes总榜及美国iTunes Hip-Hop/Rap分榜,目前唯一登顶华人歌手。

Hiburan Thu, 25 Apr 2024
Events Wed, 4 Dec 2019
Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Ini Ujian Paling Hebat Buat Saya – Ismail Izzani

Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka. Bila tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Sabarlah ya…

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

“Semua Yang Kita Lakukan Tergantung Kepada Nawaitu” – Nur Fazura

Fazura nasihat pengikut setiap perbuatan tergantung kepada nawaitu, Allah lihat hasil

Trending Sun, 15 Jul 2018

Tahniah! Perancis Juara Piala Dunia 2018

Perancis mengulangi sejarah 20 tahun lalu apabila sekali lagi muncul sebagai Juara Piala Dunia 2018. Terbaiklah!

Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Boy Iman Lancar Single Terbaru

Terbaru Boy Iman bakal melancarkan lagu single pertama beliau bertajuk Malas Nak Layan. Lagu tersebut juga dicipta oleh KRU.

error: Content is protected !!