Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Drama By: Dharnieya Nur Amelsa January 13, 2023 @ 4:58pm

Tampil Barisan Bakat Baharu, Bawah Blok Hiasi Slot Lestary TV3!

Drama bersiri Bawah Blok terbitan Tanah Beris Film Production hadir menghiasi slot Lestary TV3.

Naskhah ini mengisahkan lima remaja yang tinggal di sebuah rumah flat kos rendah dan selalu menjadikan kawasan bawah blok kediaman sebagai tempat pertemuan mereka.

Kisah mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza membuatkan mereka selalu berkongsi masalah tentang kemelut hidup masing-masing.

Bersiaran sebanyak 13 episod menerusi slot Lestary menggantikan siri drama Budak Tebing 3, drama ini mula disiarkan pada 5 Januari 2023 setiap hari Rabu hingga Sabtu, pada pukul 9.00 malam dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Siri Drama ini merupakan idea asal Raja Azizah Raja Jaafar yang juga bertanggungjawab menulis skrip bersama-sama Amin Shakib.

Bawah blok juga membabitkan pengarah terkemuka, Shuhaimi Lua Abdullah, yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Faiz Izzat Fuad, Harissa Adlynn Halim, Amelia Christie, Preti Kaur Gill, Ahmad Adly Sofwan, Yasmin Hani, Rosli Rahman Adam, Rusdi Ramli, Maria Farida, Syafiq Putra dan Luqman Faiz.

Alana, Natrah, Kamil, Devi dan Zain sudah menetapkan perjanjian demi menjaga persahabatan, mereka tidak akan bercinta sesama sendiri.

Persahabatan mereka telah diuji apabila muncul satu kelompok anak orang kaya yang menduduki kondominium mewah berdekatan dengan flat mereka.

Mereka sering dipandang serong sehingga membuatkan kedua-dua kumpulan ini bermusuhan.

Natrah selaku ketua kumpulan telah meletakkan syarat untuk tidak bergaul rapat dengan golongan remaja dari kondominium itu.

Dapatkah persahabatan lima remaja ini menempuh segala badai ujian yang dihadapi mereka? Dapatkah ikrar persahabatan mereka dipertahankan?

Jangan terlepas untuk menyaksikan Bawah Blok menerusi slot Lestary bermula pada 5 Januari 2023 dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 May 2023
Hiburan Fri, 27 Dec 2019
Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Hiburan Wed, 29 May 2019

‘Saya Mengaji Bukan Nak Menunjuk Tapi…’- Lisa Surihani

Lisa Surihani mengakui memiliki alasan tersendiri tidak berkongsi aktiviti mengajinya di media sosial.

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

“Saya Sudah Kembali Single, Kami Hanya Kawan Sahaja”

“Saya Dan Emma Sekadar Kawan, Kini Sedang Single”

Hiburan Thu, 30 Oct 2025

Berani Tonton, Berani Tidur? Tonton Hidang Filem Seram Premium Dari Seluruh Asia!

Tonton menghimpunkan pelbagai filem seram premium dari seluruh Asia!

error: Content is protected !!