Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 13, 2023 @ 1:30pm

“Kami Bukan Berkawan Baru 3 Hari…” – Qi Razali Umum Keluar OAG, Percaya Radhi Boleh Kendali

Pemain drum OAG, Qi Razali membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan OAG selepas 30 tahun bersama.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, tindakan yang diambil bukan disebabkan berlaku pergaduhan atau perselisihan faham dengan anggota lain.

Malah, dia percaya vokalis OAG, Radhi mampu mengendalikan dan membawa hala tuju kumpulan tersebut dengan baik.

“Ya, secara rasmi saya telah keluar dari OAG dan saya buat keputusan ini bukan atas dasar kita gaduh atau berselisih faham.

“Tak, saya dah fikir masak-masak bahawa inilah dia keputusan yang terbaik buat diri saya. Saya yakin Radhi orang yang terbaik untuk mengemudi OAG,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Qi Razali (@qirazali0808)

Menurutnya, sudah tiba masanya untuk mengejar impiannya sendiri dan masih akan melibatkan diri dalam dunia seni.

“Kami berkawan pun bukannya tiga hari atau tiga bulan, tiga tahun tetapi 30 tahu dan saya yakin dia pun akan doakan yang terbaik untuk saya macam mana saya pun doakan yang terbaik untuk dia.

“Jadi kisah saya dengan OAG sampai di sini sahaja tetapi perjalanan saya dalam dunia seni ini akan tetap diteruskan sama ada muzik, berlakon, pengacaraan, apa sekali pun saya tetap akan kejar cita-cita dan impian saya.

“Saya doakan yang terbaik untuk semua orang dan saya harap orang pun akan doakan yang terbaik untuk saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Qi telah bersama kumpulan OAG sejak ditubuhkan pada awal 1990-an yang dianggotai oleh Radhi (vokalis), Ammal Bellamy (gitaris) dan Nazrin Zabidi (bass).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 10 Jan 2018

SARAH SILVERMAN ATTACKED BY TWITTER TROLL BUT SHE SAVES HIM INSTEAD

Some random angry guy decided to verbally attack Sarah Silverman for no reason but the actress fights back with love. The results will melt your heart.

Eat Travel Wed, 8 Apr 2020

Buah-buahan beku mudahkan kerja di dapur?

Teknik mudah, senang pula!

Trending Mon, 24 Jun 2019

无奇不有!巴纽产「巨无霸香蕉」粗到一只手拿不住

我们常见的香蕉,也就大约手掌大小,还有更小的芭蕉,但巴布亚新几内亚有一种香蕉种类,体型宏大,无论是香蕉树还是香蕉,都吓人一跳!

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
error: Content is protected !!