Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 13, 2023 @ 2:37pm

Keperitan Alami Anxiety, Jerry Zakaria Lepaskan Emosi Dalam ‘Kehilangan’

Penyanyi Jerry Zakaria atau nama sebenar Mohd Zamhari Zakaria melancarkan single terbaru yang berjudul Kehilangan.

Lagu yang mengisahkan keperitan seseorang menghidap penyakit mental dan memendam sendiri ini merupakan ciptaan komposer ternama negara, Azlan Abu Hassan dan lirik ditulis oleh Ucu.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah melancarkan lagu pertama berjudul Jurang dan kini kembali mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar dalam industri muzik.

Mengulas mengenai jalan penceritaan Kehilangan, Jerry memberitahu lagu ini seperti menjelaskan isi hati yang dipendamnya dan sangat menyentuh hati.

Penyanyi kelahiran Terengganu ini turut mengakui bahawa dia mempunyai masalah ‘anxiety’ yang agak teruk dan telah melepasi fasa perubahan.

“Saya memang dah lama mahu melancarkan lagu yang menyampaikan mesej sebegini. Jadi, saya percaya, lagu ini boleh mengetengahkan nama saya sebagai penyanyi dalam industri hiburan tanah air dan mampu mengangkat seni ini ke persada antarabangsa.

“Saya harap ia akan diterima ramai dan menjadi sebuah lagu yang akan didengari ketika mana pendengar mungkin memerlukan sebuah lagu untuk melepaskan emosi mereka dan menangis.

“Selepas mendengar lagu ini, kita semua akan merasa lebih baik dan lega saja. Itulah yang saya harapkan daripada lagu ini,” ujarnya.

Selain itu, Jerry berharap agar lagu ini dapat membuka mata rakyat Malaysia tentang pentingnya masalah kesihatan mental.

“Rata-rata rakyat Malaysia tidak mengambil serius akan kesedaran kesihatan mental yang berlegar dalam kalangan masyarakat, justeru, lagu ini diharap dapat membuka mata rakyat Malaysia akan pentingnya kesihatan mental,” katanya.

Single Kehilangan terbitan Universal Music Malaysia kini boleh distrim di semua platform muzik digital Universal Music Malaysia.

Manakala muzik video rasmi Kehilangan juga boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Universal Music Malaysia’ pada 13 Januari 2023 jam 6.30 petang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 24 Aug 2018

#Kitapunya : Ini Bunkface Punya Eksperimen Sosial!

Jadi jangan lupa gunakan tandapagar #kitapunya dan #sayangimalaysiaku untuk serlahkan keperibadian ‘Anak Malaysia’ anda di kesemua laman media sosial anda

Featured Sun, 27 Mar 2022

“Hubungan Kami Baik, Perbincangan Dah Ada Untuk Mendirikan Rumah Tangga” – Syafiq Kyle

Alhamdulillah, katanya mereka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini.. 😍❤️

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Featured Sun, 12 Sep 2021
Trending Tue, 19 Dec 2017

Lelaki Berpakaian Perempuan DiLaknat – Da’i Wan

Bimbang dengan aksi remaja lelaki yang berlagak seperti wanita dalam video yang tular di laman sosial.

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Trending Sat, 9 Jun 2018

Jemaah Eropah Maut Terjun Depan Kaabah

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Hiburan Tue, 16 Dec 2025
error: Content is protected !!