Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 24, 2018 @ 4:29pm

Tolonglah Henti Label Orang Gemuk ‘Power’ Ke Tak, Ini Pesan Abam Buat Netizen!

Pelawak popular, Abam Bocey kecewa dengan sesetengah netizen yang mempertikaikan kemampuannya untuk mendapatkan zuriat hanya kerana berbadan besar.

Sebelum ini, Abam memaklumkan ada diantara pengikutnya di laman Instagram yang berpandangan negatif terhadapnya.

“ Ini soal rezeki daripada Allah SWT. Bukan sebab kita ‘power’ atau tak ‘power’. Jangan kerana saya berbadan besar orang kata saya tak mampu nak bagi zuriat.

“ Sepanjang setahun berkahwin dengan isteri, saya sentiasa positif dan percaya dengan ketentuan Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan hamil tiga bulan.

“ Berhentilah bercerita buruk mengata orang gemuk macam-macam apabila sudah berkahwin.

“ Orang ‘power’ pun jika Allah tak izinkan, buatlah cara macam mana sekalipun tak dapat juga. Saya doakan kepada semua yang berkahwin dikurniakan anak,” katanya.

Abam dan Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember tahun lalu di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

许冠杰出席「许冠杰之夜」属不实传言

亚洲音乐娱乐发声明表示,目前收到来自马来西亚歌迷询问关于许冠杰出席北马区某餐吧所举办的「许冠杰之夜」属不实传言。

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Solat Masih Sah Tapi Perbuatan Itu Haram

Awal pastinya mempunyai jawapan tersendiri di atas pilihannya itu.

Figura Tue, 26 Mar 2024
Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Wed, 19 Feb 2025

Alami Pendarahan Dalam Rahim, Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Hina Hamil Anak H*ram? – “Aku Tak Takut Hilang Kau, Jumpa Di Mahkamah!”

Terlalu sibuk dengan podcast, Fara Salleh dakwa Shuk Sahar abaikan isteri terlantar di hospital

Featured Wed, 20 Nov 2024

“Ini Bukan Detik Bahagia Untuk Sesiapa” – Diana Danielle Perjelas Senyum Bukan Bermaksud Gembira

Diana Danielle Danny Beeson, 32, tindakan senyum adalah kerana menganggap rakan media sebagai kawan.

error: Content is protected !!