Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Dharnieya Nur Amelsa January 14, 2023 @ 3:56pm

Lucu! Gelagat Ain Edruce Marah Soraya Buat Netizen Ketawa – “Masuk Balik Dalam Perut!”

Pelakon dan pengacara Ain Edruce sering berkongsi momen bersama anak sulungnya, Soraya.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang memaparkan pengacara itu sedang menyoal anak perempuan itu sama ada dia menyayangi Ain atau bapanya, Amirul Hafiz.

“Soraya, sayang mummy or daddy?” soalnya.

Menerusi hantaran tersebut, berkali-kali Ain menyoal Soraya namun respons yang diberi oleh anaknya masih sama memandangkan dia tetap ingin memilih bapanya.

“Sayang daddy!” jawab Soraya.

Disebabkan respons Soraya masih sama, Ain berseloroh meminta anaknya untuk masuk kembali ke dalam perutnya dan ia mengundang tawa netizen.

“Masuk balik dalam perut! Masuk balik dalam perut!” balas Ain.

Respons yang diberi oleh Soraya kepada Ain turut menghiburkan pengikutnya memandangkan Soraya tidak mahu memilih Ain.

“Tak boleh!” akhiri Soraya.

@ain.edruce Eee!! Geram nya. Kau bila aku gigit soraya.. x lepas tau. Jaga kau!🤬🤬🤬🤬 geram je budak kecik ni. #fypシ #fyp ♬ Funny – Gold-Tiger

“Eeee!! Geramnya. Kau bila aku gigit Soraya, tak lepas tau. Jaga kau! Geram je budak kecik ni,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat mereka berdua, lebih-lebih lagi respons yang diberikan oleh Soraya sehingga ramai yang mengatakan anaknya itu kelakar seperti Ain.

“Masuk balik dalam perut selamber je dia jawab ‘tak boleh’ hahaha.

“The moment she said ‘tak boleh’, memang betul lah tu dia sayang daddy hahaha.

“Cinta pertama anak perempual adalah ayahnya. I’m so sorry for you sister hahaha.

“Serius lah Soraya jawab ‘tak boleh’? hahaha cute meh.

“Dia faham wei, dia jawab ‘tak boleh’ hahaha,” komen netizen

Malah, ada juga segelintir yang meminta Ain untuk menyebut nama suaminya terlebih dahulu kepada Soraya memandangkan anak kecil sering menyebut nama yang terakhir mereka dengari.

“Kak Ain cuba terbalik sayang daddy ke sayang mummy, Kadang-kadang budak suka ikut yang last hahaha,” komen salah seorang netizen.

Untuk info, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Soraya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 121,000 tanda suka dan 750 komen.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

‘’Boleh Guna Gajet Tapi Bukan Setiap Masa’- Amyra Rosli Tak Galak Anak Pegang Tablet 24 Jam

‘Saya faham gajet juga diperlukan untuk tujuan pendidikan. Tetapi perlu ada batasan terutama untuk kanak-kanak’

Hiburan Wed, 5 Mar 2025
Featured Thu, 22 Aug 2019

Kebakaran hutan Amazon semakin teruk! Anda boleh bantu dengan 5 cara ini

Walaupun ia tak berlaku di Malaysia, ini tetap Bumi kita.

Featured Mon, 30 May 2022
Featured Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Wed, 16 Jan 2019

韓曉噯进军乐坛!写真EP展现极致魅力

「火星女」韓曉噯推出个人写真EP《FREE》进军大马乐坛出道成为歌手,收录全彩写真册为你展示极致魅力!

error: Content is protected !!