Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 14, 2023 @ 3:14pm

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Afifah Nasir Selesa Tidak Dedahkan Kekasih

Pelakon Afifah Nasir tampil membuat pendedahan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi.

Menurut Afifah, setakat ini dia masih belum mempunyai sebarang tarikh yang tetap untuk melangsungkan perkahwinan tersebut kerana kesibukan bekerja.

“Itu saya tak tahu sebabnya jadual saya dah padat sampai Julai. So, kalau saya plan maybe lepas tu tak pun hujung tahun ke kan.  Selalu orang kahwin hujung tahun kan. Tapi InshaAllah kalau Allah izinkan tahun ni everything goes well.

“Kalau macam nak buat persiapan perkahwinan tu memang dah tahu la. Semua dah ada dalam kepala cuma belum arrange lagi. Kalau boleh saya nak tunggu bila betul-betul dah tak busy baru kita rancang,” katanya.

Enggan mendedahkan identiti individu yang berjaya memikat hatinya, Afifah menyatakan kekasihnya itu bukanlah orang yang berada dalam industri hiburan tanah air.

Namun, dia sempat menyifatkan kekasih hatinya itu seorang yang pemalu tetapi gagah apabila bersamanya.

“Saya kalau boleh nak low profile pasal relationship saya sebab saya rasa kalau dah nak dekat dengan tarikh tu of course saya akan reveal sebab orang nak tahu kan.

“Dia seorang yang gagah tapi bila dengan orang luar dia seorang yang sangat pemalu. Tak boleh bagitahu dia rahsia,” jelasnya.

Selain itu , adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini juga turut menyatakan dia lebih selesa untuk tidak mendedahkan identiti bakal suaminya kepada umum kerana ingin menjaga privasi.

“Saya rasa macam dulu-dulu saya ada je upload gambar. Tapi saya rasa macam if he is the one my future husband, kita keep it low profile and kita respect privacy dia sebab dia bukan orang dalam industri. So, dia tak berapa suka from being expose,” katanya.

@mstarmalaysia Wahh nak kahwin dah ya. Semoga dipermudahkan urusan ya Afifah Nasir. #mstar230109 #afifahnasir #mstaronlineofficial #beritatiktok ♬ original sound – mStar Official

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2024
Featured Sun, 29 Aug 2021

Varian Delta: Risiko Kemasukan Ke Hospital Dua Kali Ganda Berbanding Varian Lain

Penularan COVID-19 semakin berbahaya apabila varian Delta didakwa mempunyai dua kali ganda risiko jangkitan untuk dimasukkan ke hospital berbanding varian lain seperti Alpha. Menurut kajian yang diterbitkan The Lancet, pakar menyatakan betapa pentingnya untuk mendapatkan […]

Trending Tue, 15 Jan 2019

Gambar Telur Ini Cipta Rekod Dunia

Cipta Rekod Dunia, Gambar Telur Ini Menjadi Gambar Paling Banyak Disukai Di Instagram

Featured Tue, 4 Jan 2022

“Tinggal Empat Bulan Lagi” – Eyra Hazali Kongsi Berita Gembira Hamil Anak Kedua

Pelakon Eyra Hazali, 22, memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah mencecah lima bulan. Menerusi hantaran Instagram, Eyra membuat kejutan kepada suaminya, Haziq Nadzli dengan memberikan hadiah berupa sebuah kotak. Di […]

Trending Wed, 3 Feb 2021
Trending Fri, 5 Mar 2021
Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Tue, 24 May 2022

Bunga Citra Lestari Sudah Move On – ” Saya On The Way Menuju Bahagia”

Pastinya ini bukan proses yang mudah ya buat BCL

error: Content is protected !!