Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 14, 2023 @ 4:13pm

Nafas Naga Gabungan Mantap Filsuf & Black Hanifah

Kerjasama antara rapper Filsuf dan Black pastinya membawa satu lagi warna dan kejutan kepada seluruh pencinta muzik tanah air menerusi lagu ‘Nafas Naga’.

Lagu ‘Nafas Naga’ hasil ciptaan Filsuf dan lirik oleh Arisz Ab Rahman dan Filsuf ini adalah sebuah lagu khas yang dihasilkan untuk runut bunyi filem ‘Duan Nago Bogho’ yang bakal ditayangkan pada 19 Januari ini.

Sebagai pengenalan kepada filem tersebut, lagu dan video muzik ‘Nafas Naga’ yang diterbitkan oleh Muhammad Zaki dan Filsuf di bawah syarikat rakaman Nova Music telah dilancarkan terlebih dahulu sebagai buah tangan istimewa buat para peminat.

Menurut Filsuf, dia tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan melodi dan lirik lagu ini.

“Apabila penerbit filem menawarkan saya untuk menghasilkan lagu tema atau runut bunyi bagi filem terbitan syarikatnya, idea itu datang secara spontan. Selepas saya membaca jalan cerita filem ini, saya terus mula menulis bahagian korus. Selepas itu, saya perdengarkan kepada mereka dan mereka menyukainya.

“Namun, mereka minta saya untuk selitkan loghat Kelantan dalam lagu ini memandangkan filem itu berlatarkan kisah Makyung yang terkenal di negeri berkenaan. Ketika itu, saya juga dimaklumkan pihak mereka menjemput Black untuk menyanyi bersama dalam lagu ini.

“Secara keseluruhan, saya ambil masa dua hari untuk menghasilkan lagu ini. Pendek kata, lagu ini dibuat berdasarkan jalan cerita filem ‘Duan Nago Bogho’. Ia bergenre hip-hop dan diselitkan eleman tradisional sedikit,” katanya.

Tambahnya, lagu ‘Nafas Naga’ adalah kerjasama sulung bersama Black biarpun sudah lama saling mengenali.

Filsuf turut berkongsi, proses rakaman dibuat secara berasingan iaitu dirinya di Singapura dan Black di Malaysia.

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Black. Lagu ini kami rakamkan secara berasingan. Alhamdulillah, semuanya okay dan tak ada masalah. Cuma, selepas selesai proses rakaman ada beberapa bahagian yang perlu ditukar dan diperbaiki iaitu dari segi sebutan.

“Saya dan Black bukan anak jati Kelantan, jadi sebutan pada bahagian lirik loghat Kelantan itu pada awalnya kurang tepat dan tak kena. Disebabkan itu, kami perlu rakamkan semula bahagian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Black berkata peluang bekerjasama dengan Filsuf sudah lama dinanti dan kesempatan diberikan itu tidak boleh dipersia.

“Sebenarnya, memang dari 2011 lagi saya sudah mengenali Filsuf. Malah, masing-masing ada hasrat nak berduet bersama. Jadi, bila dapat peluang bekerjasama, saya berasakan ini adalah masa yang sesuai untuk duet bersama dalam sebuah projek di mana lagunya hasil ciptaan Filsuf sendiri,” katanya.

Kata Black, proses rakaman yang dijalankan secara berasingan itu merupakan sesuatu yang agak janggal bagi dirinya dan terpaksa menggunakan pengalaman sendiri untuk ‘feel’ lagu tersebut.

“Pengalaman merakamkan lagu ini sangat berbeza. Sebab kami buat rakaman berasingan di tempat masing-masing. Keadaan semasa ketika itu masih tidak mengizinkan untuk bersemuka. Kiranya agak janggal dan susah sedikit.

“Saya terpaksa menggunakan pengalaman sendiri untuk ‘feel’ lagu ini. Kebiasaannya sewaktu proses rakaman lagu saya, semua komposer akan ada sekali untuk ‘guide’ rakaman itu. Tapi kali ini tidak,” katanya.

Dalam masa sama, Black turut berkata lagu ini merupakan sesuatu yang istimewa buat diri dan kerjayanya.

“Saya bersetuju untuk menerima tawaran merakamkan lagu ini kerana lirik dan melodi yang berbeza dari genre lagu yang saya bawa sebelum ini. Lagu ini ada eleman Makyong dalam nyanyian saya.

“Untuk lagu ini, saya berharap dapat diterima ramai kerana ini merupakan lagu duet buat julung kalinya bersama Filsuf. Malah, lirik lagu ini mempunyai maksud yang mendalam dan tersendiri,” katanya.

Lagu ‘Nafas Naga’ nyanyian Filsuf & Black terbitan Nova Music kini boleh distrim di semua pelantar muzik digital dan video muzik rasmi lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Hati Linda Nanuwil Sudah Dicuri?

Selepas lama menghilang, penyanyi yang lahir menerusi sebuah program realiti televisyen sekitar 15 tahun lalu kini mahu membuat kemunculan semula.

Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Featured Fri, 27 Aug 2021

“Suara Bagus Tapi Tak Ada Pakej Lengkap” – Hazama Cari Bakat Muda

Penyanyi rock Hazama mengakui ada pelapis baharu yang ingin mewarnai dunia nyanyian mempunyai vokal bagus tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap. Bakal tampil menjadi juri menerusi program pencarian bakat baharu atas talian, COF LOCKSTAR, Hazama […]

Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Daiyan Trisha Berang Akaun Palsu Sebar Dakwaan Tukar Agama – “Hentikanlah Perkara Mengarut Ini”

Daiyan meluahkan rasa kesal apabila akaun terbabit kembali aktif biarpun sudah beberapa kali digantung

Featured Tue, 19 Aug 2025

Wajah Bengkak Dikritik, Sajat Tampil Respons – “Saya Buat Bukan Untuk Menunjuk Tapi..”

Pempengaruh media sosial Nur Sajat dikritik selepas berkongsi keadaan terkini wajahnya menerusi hantaran di media sosial.

Cahaya Mata Mon, 29 May 2023
Featured Sat, 16 Apr 2022
Hiburan Fri, 5 Oct 2018

Susukan Anak Walaupun Sedang Bekerja, Peminat Puji Siti Nurhaliza

Sifat Siti Nurhaliza bukan sahaja harus dipuji oleh ramai pihak tetapi, harus dijadikan sebagai inspirasi buat ibu-ibu diluar sana. Betul tak?

Trending Tue, 24 Nov 2020
error: Content is protected !!