Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 17, 2023 @ 5:12pm

Avaa Vanja Tarik Laporan Dakwaan Bekas Suami Mendera Gara-Gara…

Pelakon Avaa Vanja memilih untuk menarik semula laporan terhadap bekas suaminya, Amil Sulaiman berhubung dakwaan mendera dan melakukan keganasan rumah tangga sebelum ini.

Memetik laporan mStar, Avaa atau nama sebenar Avaa Vanja Mohamad Ramli, 43, memberitahu tindakan yang diambil adalah disebabkan dia sering dibelenggu rasa bersalah dan tidak tenang.

“Sepanjang dua minggu ini hati saya tidak tenang. Saya diserang anxiety kerana asyik memikirkan hal ini. Saya takut dia (bekas suami) boleh dikenakan hukuman penjara kalau disabitkan kesalahan.

“Jika dia kena penjara, saya perlu tanya semula apa niat untuk buat laporan semua ini, jadi lebih baik saya maafkan sahaja. Kemaafan saya buat ini bagaikan satu anugerah terbesar buat saya.

“Siapa saya untuk menghukum dia? Lebih baik saya move on dan tidak lagi terkait dengan perkara yang tidak elok untuk diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Avaa hadir ke Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur untuk menarik semula laporan dibuat dengan menyerahkan dokumen berkaitan di mahkamah.

Memandangkan kes tersebut melibatkan penderaan dan keganasan rumah tangga, Avaa memberitahu timbalan pendakwa raya berhak untuk meneruskan perbicaraan.

“Jika perbicaraan diteruskan, saya tiada masalah untuk beri kenyataan. Malah laporan yang saya buat selama ini pun betul cuma bagi di pihak saya kes ini selesai kerana laporan ditarik semula.

“Apa yang berlaku pada masa akan datang saya serahkan sepenuhnya kepada Allah. Negara kita juga ada undang-undang. Semoga dia juga diberikan hidayah Allah,” jelasnya.

Untuk rekod, Avaa dan Amil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 namun sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Februari 2022.

Pada Oktober 2021, Avaa membuat laporan polis berhubung penderaan yang dilakukan Amil terhadapnya dan anak mereka.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleena yang kini berusia 10 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 9 Dec 2018
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Tiga Episod Menuju Final, Leftenan Zana Raih 10 Juta Penonton!

Teruskan menonton Leftenan Zana yang dibarisi pelakon hebat seperti Janna Nick, Sheila Rusly, Redza Rosli, Tunku Hanis, Hairie Othman yang akan tamat pada 15 Mac ini setiap hari Rabu hingga Jumat, jam 9.00 malam hanya di TV3.

Featured Sat, 10 May 2025

Ayda Jebat Kongsi Detik Seram Tidur Bersama Anak- “Nayla Bercakap Tapi Pandang 1 Sudut Random.. Kadang Atas, Kadang Tepi Kita”

Nayla juga pernah enggan masuk ke restoran, hotel, warung, atau pusat membeli-belah.

Featured Sat, 23 Jul 2022
Featured Sat, 22 Nov 2025

Konsert DOLLA Good Girls Gone Bad Live in KL Dibatalkan

Keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana kekangan masa, aspek keselamatan dan operasi teknikal yang tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Hiburan Thu, 14 Nov 2024

Rizalman Syukur Dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran & Al-Hadith Di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Rizalman dilantik sebagai Profesior Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith

Kisah Viral Thu, 7 Dec 2023
Featured Tue, 12 Sep 2023
error: Content is protected !!