Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 18, 2023 @ 3:08pm

[VIDEO] Shikin Maembong Kongsi Kisah Hidup Jadi Isteri Kedua – “Walaupun Madu Terima, Tetap Kena Mengalah…”

Kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong meluahkan perasaan mengenai kehidupannya yang bergelar isteri kedua di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Shikin berkongsi kisah kehidupan sehariannya yang hidup bermadu seperti melakukan rutin harian seorang diri.

“Siapa suruh jadi bini nombor dua… kan dah kena marayap mall sorang-sorang.

“Birthday pun sambut sorang-sorang kat rumah..tak ada hadiah, tak ada apa-apa. Hidup bertiga dengan maid je kehulu-kehilir.

“Sakit pun sorang-sorang drive kereta pergi hospital. Bercuti dengan anak dan adik beradik je mampu,” kongsinya.

Dalam pada itu, dia mendedahkan dirinya tidak pernah solat berimamkan suami sepanjang mendirikan rumah tangga.

“Walaupun madu terima, tetap kena mengalah kalau laki tak balik rumah.

“Solat tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri.

“Taat dan setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai juga,” luahnya.

Dalam rakaman berdurasi 35 saat itu, Shikin memaparkan foto dan video dirinya yang sendirian menjalani kehidupan harian.

@shikin_maembong Sape suruh? Kan da kene tinggal 🥹 #divorce #fyp #CapCut #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #binikedua #singlemom #memories #singleisbetter #imfree ♬ suara asli – hierapsz.

Untuk info, Shikin pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nadzri Redzuwan atau Cef Riz pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016. Ia perceraian kedua buat Riz dan yang pertama bagi Shikin.

Namun selepas berpisah bersama Cef Riz, Shikin difahamkan telah berkahwin sekali lagi dan menjadi isteri kedua kepada seseorang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Nov 2023
Featured Fri, 19 Aug 2022
Featured Thu, 4 Jun 2026

Siti Saerah Tak Halang Amad Menetap Dengan Bapa Di Kuantan – “Ibu Mana Tak Sedih, Tapi Itu Pilihan Dia”

Penyanyi Siti Saerah tidak dapat menahan sebak apabila diajukan soalan mengenai keputusan anaknya, Ahmad Dayyan Saiful Anuar atau lebih dikenali sebagai Amad, yang memilih untuk menetap bersama bapanya.

Trending Thu, 21 Jun 2018

Restaurant Goes Bankrupt After Running All-You-Can-Eat Promo

The customers really tried to eat all they could.

Featured Mon, 12 Aug 2024
Drama Tue, 19 Mar 2024
Hiburan Sun, 17 Apr 2022

Pernah Bekerjasama Dengan Maher Zain, Syed Salahuddin Muncul Dengan Iktiraf

Jejaka kacukan Arab & Melayu itu kini muncul dengan single Iktiraf.

Featured Sat, 24 Sep 2022

Jelita Gayakan Busana Serba Putih, Penampilan Anak Azhar Sulaiman Dikritik Lagi – “Minah Saleh Pun Tak Berani Nak Pakai…”

Biarlah dia… dengar kata London pun macam kat Malaysia sekarang ni. Cuaca okay-okay je.

Featured Fri, 14 Mar 2025

Shuk Sahar Bongkar Status Perkahwinan Dengan Fara Salleh Masih Belum Berdaftar?

“Persoalannya, jangan hanya tahu bercakap tapi keluarkan satu bukti”- Shuk

error: Content is protected !!