Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul May 12, 2020 @ 1:29pm

Boleh Ke Beraya Tahun Ni? Ini SOP Ziarah Raya 20 Orang Yang Kita Perlu Tahu

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telahpun mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan sehingga 9 Jun ini. Selain pengunguman ini, Perdana Menteri juga ada menyatakan beberapa larangan dan kebenaran lain untuk rakyat Malaysia sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

20 orang semasa ziarah raya

Menerusi pengumuman tersebut, Perdana Menteri kita telah menyatakan bahawa hanya 20 orang had maksimum dibenarkan untuk berada dalam rumah dalam satu masa. Kelonggaran hanya diberikan untuk 3 perayaan yang perlu disambut semasa tempoh PKPB ini. Antaranya adalah sambutan Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Keamatan.

Namun kelonggaran ini hanya diberikan untuk menziarahi keluarga yang berada dalam negeri yang sama sahaja tau. Jangan korang rentas negeri pula ye.

Namun, masih ada yang keliru dan beranggapan bahawa kita semua masih boleh menziarahi rakan-rakan yang berada dalam negeri yang sama. Jawapannya adalah tidak. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan menerusi sidang media harian Covid-19, aktiviti ziarah yang dinyatakan sehingga seramai 20 orang itu hanya melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja.

Masih perlu mematuhi SOP

Menurut Noor Hisham lagi, apa yang perlu diutamakan adalah kita mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“20 orang itu adalah ahli keluarga. Kalau 20 orang, contohnya anak, cucu… jumlah ahli keluarga 20 orang. Apa yang pasti, kita kena ikut SOP Kementerian Kesihatan iaitu penjarakkan sosial.

“Kalau dalam apartment, dah kira ruang sempit dan sesak. Itu dah melanggar SOP Kementerian Kesihatan,”

“Nombor itu adalah ahli keluarga bergantung kepada rumah kita. Kalau apartment kita kecil, kita bukan kata 20 orang, bagaimana kita kena lihat dari segi lawatan dan kedudukan.

“Kita tidak menggalakkan perhimpunan atau pelawat datang ke rumah, tetapi ini adalah ahli keluarga,”

Jadi sudah jelas ya info dan SOP yang perlu dipatuhi untuk sambutan Aidilfitri nanti. Korang jangan buat open house pula tau. #kitajagakita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 May 2026

Zizi Kirana Tegur Netizen Persoal Status Iddah – “Fokus Sumud Dik”

Zizi Kirana tampil menegur seorang individu yang mempersoalkan status iddah nya.

Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Artis mana yang suka buat publisiti murahan???

Trending Wed, 12 Dec 2018

Lelaki Maut Dipercayai Jatuh Dari Bangunan Wisma MPK

Mayat mangsa ditemui terbaring terlentang di bahagian belakang bangunan tersebut oleh orang awam

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

Cipta Fenomena Berada di Tangga Ke-4, ‘Aku Bukan Ustazah’ Satu-Satunya Drama Melayu Tersenarai Dalam Google Trends 2024!

Aku Bukan Ustazah menduduki tangga keempat dalam carta Top 10 Google Trend 2024 kategori Program TV,

error: Content is protected !!