Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 13, 2024 @ 8:38pm

Cipta Fenomena Berada di Tangga Ke-4, ‘Aku Bukan Ustazah’ Satu-Satunya Drama Melayu Tersenarai Dalam Google Trends 2024!

Drama bersiri Aku Bukan Ustazah (ABU) terus mengukir nama sebagai salah satu karya yang paling banyak mendapat perhatian sepanjang tahun 2024.

Berdasarkan laporan terkini Google Trend, ABU menduduki tangga keempat dalam carta Top 10 Google Trend 2024 kategori Program TV, sekaligus menjadi satu-satunya drama Melayu yang berjaya tersenarai dalam kedudukan tersebut. Kejayaan ini membuktikan bahawa drama tempatan masih relevan dan dekat di hati penonton!

Diadaptasi daripada novel popular Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud, ABU diarahkan oleh Idora Abdul Rahman, di bawah terbitan syarikat produksi Global Station Sdn Bhd sebanyak 28 episod.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

ABU mengisahkan mengenai perjalanan hidup Aminah, seorang gadis berniqab yang diuji dengan pelbagai dugaan setelah maruahnya tercalar akibat fitnah. Watak utama yang dilakonkan oleh Erysha Emyra membawa kisah perjuangan Aminah dalam mencari makna hidup di tengah cabaran yang datang bertalu-talu. Kehidupan Aminah juga menjadi semakin rumit apabila dua lelaki, iaitu Adam (lakonan MK K-Clique) dan Dr. Omar (lakonan Zahiril Adzim), hadir menawarkan cinta dengan cara dan latar belakang yang berbeza.

Selain kisah cinta yang menjadi tunjang utama, ABU turut menyentuh isu sosial, moral dan agama yang relevan dengan kehidupan moden masyarakat. Watak-watak rakan Aminah yang berbeza pegangan hidup serta perjalanan mereka keluar dari kegelapan menjadi salah satu elemen yang mendapat pujian ramai. Drama ini berjaya memupuk refleksi dalam kalangan penonton mengenai ujian kehidupan serta pentingnya untuk terus teguh dalam keimanan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peminat yang telah memberi sokongan penuh terhadap Aku Bukan Ustazah sepanjang tayangannya. Kejayaan drama ini tidak akan bermakna tanpa sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat yang setia mengikuti perkembangan setiap episod.

Difahamkan, kisah Aminah dalam Aku Bukan Ustazah bakal bersambung untuk musim kedua? Sama-sama kita nantikan!

Bagi yang terlepas menonton ketika siaran, anda masih boleh menikmati episod penuh drama Aku Bukan Ustazah di platform Tonton. Dengan jalan cerita yang sarat emosi, pengajaran, dan konflik yang mendalam, drama ini pasti memberikan pengalaman tontonan yang tidak akan dilupakan! Jom saksikan Aku Bukan Ustazah di platform Tonton sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Dec 2022

Lucu! Sebelum Ni Rebut Nak Cium, Kini Aiman Hakim & Anak Rebut Nak Pegang Tangan Zahirah Macwilson

Sebelum ini, aktres Zahirah Macwilson pernah memuat naik perkongsian di laman TikTok yang memaparkan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan anak mereka, Isaac Raees berebut untuk mengucup pipinya. Artikel Berkaitan: Comelnya Gelagat Aiman Hakim & Anak […]

Events Sun, 11 Feb 2018

HAEL BERJAYA JAMPI KEPUTUSAN JURI?

Dengan arrangement lagu yang nyata cukup luar biasa ditemani dengan efek LED membantu menghidupkan lagi persembahan Hael pada malam tersebut

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

“Orang Banyak Cakap Biasanya Kosong” – Risteena Kongsi Pendapat Di Threads, Tapi Lain Pula Telahan

Netizen mempersoalkan sama ada ciapan itu mempunyai kaitan dengan kenyataan suaminya, pelakon Isa Khan

Hiburan Fri, 29 May 2026

Syifa Melvin Bidas Dakwaan Bukan Menantu Pilihan, Tegas Hubungan Dengan Mentua Baik Sejak Sebelum Kahwin

Syifa menegaskan dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan ibu mentuanya

Hiburan Mon, 27 Oct 2025

First Lady Buka Topeng Dunia Politik Antara Cinta, Kuasa & Pengkhianatan

First Lady ialah kisah tentang cinta yang diuji oleh kuasa dan pengkhianatan

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
error: Content is protected !!