Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 18, 2023 @ 8:04pm

[VIDEO] Sering Dikaitkan Dengan Selebriti Lain, Fazura Tampil Beri Respons – “Saya Tak Boleh Halang, Cuma…”

Pelakon jelita, Nur Fazura mengakui tidak mahu membebankan fikiran dalam perkara negatif yang terpalit kepada dirinya.

Menerusi sebuah video temubual di TikTok Remaja, Fazura tampil memberi respons berhubung isu netizen yang sering dikaitkan dengan individu lain dalam segala hal.

Meskipun tidak menyebut nama individu berkenaan, ibu anak satu ini mahu memperbaiki diri dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

“Saya tiada pesanan kepada netizen, cuma Alhamdulillah. Saya hanya memberi tumpuan kepada diri saya dan keluarga sahaja.

“Matlamat utama saya adalah untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik untuk masa akan datang.

“Nak kaitkan nama saya tu saya tak boleh nak halang mereka. Perkara paling utama pada saya adalah untuk fokus ke hadapan dan jalan terus, tanpa menoleh ke belakang.

“Saya mahu fokus kepada perkara positif dan mengabaikan hal-hal negatif,” katanya.

Sebelum ini, Fazura dan suami tercintanya, pelakon, Fattah Amin merancang untuk  memiliki zuriat kedua dan mempunyai impian untuk menimang anak lelaki.

Artikel Berkaitan: “Kami Mahu Cahaya Mata Lelaki Tapi
” – Fazura & Fattah Amin Rancang Miliki Zuriat Kedua Tahun Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Fazura seorang selebriti yang sangat berpendirian tinggi.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 89,000 tontonan, lebih 2,000 tanda suka dan 60 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Nov 2020

Safawi Rasid Mohon Peminat Bola Sepak Negara Jaga Adab

Kita doakan yang terbaik buat Pawi okay!

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Sebutan Kes Ditangguh 6 Julai, Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia

Laporan Psikiatri belum sedia punca kes ditangguh

Trending Mon, 1 Mar 2021
Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Featured Tue, 10 May 2022
Cahaya Mata Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Khusyuk Ikut Sembahyang, Gelagat Jebat Jayden Curi Tumpuan – “Sekarang Saya Dah Rajin Solat”

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden sememangnya sering mencuit hati penonton dengan gelagat lucu serta bijak bercakapnya itu. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di Instagram yang memaparkan gelagat Jebat sedang […]

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Featured Tue, 20 Sep 2022

Bapa Jadikan Dua Anak Hamba S*ks Sejak 7 Tahun Dipenjara 428 Tahun & 240 Sebatan

Fuhhh, hukuman setimpal dengan perbuatan keji bapa durjana đŸ˜ĄđŸ€ŹđŸ€Ź

error: Content is protected !!