Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 18, 2023 @ 6:54pm

Hafidzah Hassan Tampil Buka Mulut Isu Penarikan Diri Libatkan Kes Siti Bainun -“Peguam Tarik Diri Perkara Biasa”

Susulan perbicaraan kes melibatkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, yang dilaporkan kini bersendirian tanpa diwakili peguamnya masih menjadi tanda tanya rata-rata masyarakat sehingga ke hari ini.

Malah, sebelum memulakan prosiding perbicaraan pada Selasa, hakim Izralizam Sanusi memaklumkan, telah menerima notis penarikan diri dua lagi peguamnya iaitu, Asiah Abd Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan.

Bagaimanapun, tidak berdiam diri dengan persoalan yang timbul, Hafidzah akhirnya tampil membuka mulut menerusi kenyataan balas di ruangan komen sosial media miliknya bahawa, penarikan diri peguam adalah perkara biasa dalam istilah undang-undang.

“Dalam istilah undang-undang, penarikan diri peguam adalah perkara biasa. 

“Dan kali ini, kerana pertindihan tarikh dengan kes-kes yang telah ditetapkan lebih awal. Bukan sebab lari,” katanya.

Perkongsian itu dimaklumkan Hafidzah selepas rata-rata pengikutnya bertanyakan soalan yang sama.

Malah, ada segelintir pengikut peguam ini yang bertanyakan, kenapa surat penarikan diri hanya dimaklumkan pada hari yang sama prosiding perbicaraan berlangsung dan kenapa tidak dimaklumkan lebih awal.

“Surat penarikan diri telah dihantar pada Disember. Namun, mahkamah menyuruh untuk memfailkan notis pada hari Isnin dan mention semula pada Selasa. 

“Jadi, bukan hari Isnin baru difailkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan soalan seolah-olah merujuk kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan Hafidzah sebelum ini bahawa, dia tidak akan mengambil sesuatu kes, jika ia tidak disiasat terlebih dahulu dengan isu penarikan dirinya dalam kes Siti Bainun.

“Kita tidak ada pilihan sebab tarikh-tarikh itu bertindih dengan kes -kes yang telah ditetapkan lebih awal. 

“Kita dah maklumkan dari Disember lagi bahawa tidak dapat hadir pada Januari, Februari dan Mac. 

“Dah minta pada April tapi tak dapat. Memnag tak boleh nak buat apa sebab banyak kerja dah bertangguh dari 2022 dan semua masuk bicara juga,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas ada memaklumkan, ini adalah kali kedua Nurul Hafidzah menarik diri daripada kes berkenaan.

“Kami ingin merekodkan ini kali kedua Nurul Hafidzah Hassan menarik diri daripada menjadi peguam bela tertuduh dan kami ingin direkodkan penarikan diri saat ini (akhir) adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

“Ini juga tidak hormat mahkamah dan tidak memberi keadilan kepada semua pihak,” katanya sebelum sesi prosiding bela diri berakhir pada Selasa.

 

Sumber: Instagram, Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Apr 2018

Apa Pun Tak Boleh, Bunkface?

Apa Pun Tak Boleh juga dianggap cukup istimewa kerana ia buat julung kali menyaksikan kerjasama Bunkface dengan penyanyi era 60-an, Datuk Jeffrydin, dan artis rap, Caprice.

Featured Sun, 17 Oct 2021

“Salah, Saya Guna 4 Jin Jenis Vaksin”- KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerima pelbagai reaksi daripada golongan antivaksin susulan kenyataan beliau yang menegaskan kerajaan akan menyusahkan kehidupan golongan antivaksin. Menerusi sosial media, golongan antivaksin dilihat melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang […]

Hiburan Tue, 28 Oct 2025
Selebriti Mon, 24 May 2021

“Tak Banyak Boleh Ulas, Kes Masih Dalam Siasatan”- Neelofa Komen Isu Tidak Pakai Pelitup Muka

Selebriti dan pengacara, Neelofa hari ini dalam satu kenyataan kepada pihak media memberitahu bahawa dia telah memberikan kerjasama kepada pihak polis. Ia berikutan susulan kes yang mendakwa selebriti itu tidak memakai pelitup sewaktu dilihat hadir ke […]

Featured Fri, 22 Sep 2023
error: Content is protected !!