Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 18, 2018 @ 6:04am

Lagi Kes Vape Meletup, Kali Ini Tembus Tengkorak!

Disebabkan rokok elektronik, seorang lelaki maut apabila rumahnya didiaminya musnah dalam kebakaran!

Laporan bedah siasat dari Pusat Perubatan Pinellas County mendapati mangsa meninggal dunia apabila dua bahagian rokok elektronik itu meletup dan menembusi tengkorak kepalanya.

Ia adalah kematian pertama di Amerika Syarikat yang diakibatkan oleh letupan alat berkenaan.

Mayat Tallmadge D’Elia, 38 dengan 80 peratus kesan terbakar ditemui anggota bomba yang memecah masuk ke pangsapuri miliknya di St Petersburg di sini, pada 5 Mei lalu untuk memadamkan kebakaran, dipercayai berpunca dari letupan itu.

Menurut laporan akhbar tempatan, Tampa Bay Times, rokok elektronik itu disahkan dari jenama Smok-E Mountain yang dikeluarkan di Filipina.

Alat berkenaan dikatakan tidak memiliki ciri keselamatan yang lazim terdapat pada rokok elektronik jenama lain, termasuk cip komputer untuk menghalang ia dari menjadi terlalu panas.

Presiden Persatuan Penghisap Vape Amerika, Gregory Conley berkata, rokok elektronik lazimnya dilengkapi dengan ciri keselamatan khas dan laras kuasa boleh ubah untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

Statistik Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), terdapat 195 kebakaran dan letupan membabitkan rokok elektronik antara tahun 2009 dan 2016 di seluruh negara, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. – AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Feb 2023

Tular Video Aksi Ghairah Di Kelab Malam, Ini Respons Ameerul Asyraf – “Tak Tahu Apa Tujuan Dia…”

Terbaik tak berselindung.. Apa motif wanita tersebut agaknya ya? 🤔

Trending Thu, 7 Jan 2021
Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Mon, 8 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Ajai & Mas Idayu Beri Peluang Kedua, 5 Pasangan Mara Ke Peringkat Seterusnya… Jom Recap Episod 2!

Episod kedua program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi dan ia menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Malhamka & Yuveena, Syafeek & Zazo, Achik & Maria, Norman & Hazreen serta Pasya & […]

error: Content is protected !!