Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 20, 2022 @ 10:34am

“Sembilan Tahun Saya Menderita…” – Watie Elite Langgar Arahan Mahkamah Enggan Bayar Hutang, Hana Bengang Mampu Hidup Mewah

Bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan sudah hilang sabar apabila pelakon dan penyanyi Watie Sadali masih tidak membuat pembayaran ansuran sebanyak RM2,500 sebulan seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang pada 2017.

Memetik laporan mStar, Hana memberitahu Watie tidak pernah membayar satu sen kepadanya malah tidak mahu bertemu dengannya sekiranya sukar melunaskan bayaran tersebut.

“Saya masih berlembut hati untuk dia datang kepada saya seandainya dia mempunyai masalah membayar ganti rugi yang diperintahkan mahkamah.

“Seandainya dia masih anggap saya sebagai kawan, setidaknya beritahu saya jika dia hanya mampu bayar sedikit. Bukannya diam dan tidak ada usaha buat sebarang bayaran,” katanya.

Namun, Hana meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu Watie dikatakan hidup mewah dan berjaya dalam perniagaannya.

Menurutnya, zaman teknologi ini memudahkan dia untuk mengetahui perkembangan dan gaya hidup aktes tersebut dan terfikir punca dia enggan melunaskan hutang.

“Kawan saya pun selalu nampak dia berniaga menerusi TikTok, malah ada mendakwa melihat Watie membeli dua pasang kasut berjenama mewah.

“Melihatkan kelakuannya itu membuatkan saya sedih kerana sembilan tahun saya menderita kerana hutang tetapi dia boleh hidup senang-lenang,” ujarnya.

Susulan perkara itu, Hana terpaksa menghabiskan banyak wang dan menunggu tiga tahun kerana perlu mengumpul wang untuk membayar peguam.

“Kalau tanya kenapa baru sekarang nak failkan, jawapannya sebab saya tak ada duit nak bayar peguam.

“Tiga tahun ini saya ambil masa kumpul duit, lebih-lebih lagi waktu pandemik. Semua orang struggle tiada pekerjaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hana memberitahu kes tersebut akan disebut semula pada 29 Disember dan sekiranya Watie gagal membayar ganti rugi, aktres itu akan berdepan hukuman penjara.

Terdahulu pada 10 Mac 2015, Hana memenangi saman terhadapi Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman kenderaan di bank sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana dia tidak layak membuat pinjaman.

Kemudian, Watie gagal membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga Hana diisytiharkan muflis.

Pada 18 Mei 2017, Hana memfailkan saman penghutang penghakiman terhadap Watie selepas dia gagal membayar ganti rugi yang ditetapkan mahkamah pada 2014.

Mahkamah Sesyen Selayang telah memerintahkan Watie untuk membayar ansuran sebanyak RM2,500 sebulan kepada Hana bagi membayar ganti rugi sebanyak RM707,351.83.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Jul 2022

“Masih Banyak Perlu…” – Nyanyian Casablanca Live Dikritik Sumbang, Ini Respons Nuha Bahrin

Alahai, sabar ya Nuha ☺️ Yang penting terus belajar dan tak patah semangat! ❤️

Featured Mon, 25 Feb 2019

Ikon fesyen berumur 97 tahun ini dilamar oleh agensi peragaan terbesar di dunia

Beliau kini seangkatan dengan Gigi Hadid, Kate Moss dan Kaia Gerber.

Featured Wed, 2 Apr 2025

Tak Ada Menu Wajib! Syafiq Kyle & Mimi Lana ‘Enjoy’ Rancang Juadah Raya Bersama

Syafiq Kyle dan Mimi Lana sambut syawal dengan besederhana.

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Farah Diana Mahu ‘Pancing’ Ernie Zakri

Tidak menolak merakam single bergenre ‘jiwang’.

Hiburan Thu, 22 Aug 2024
Featured Thu, 25 May 2023
Featured Fri, 16 Jul 2021

Jom Semak! Bantuan BKC Sehingga RM 1,300 Buat Golongan Isi Rumah & Bujang

Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk semua rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19. Difahamkan, bantuan ini […]

error: Content is protected !!