Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 19, 2023 @ 5:35pm

Hidap Sindrom ADHD & Cepat Lupa, Diana Danielle Jadikan Al-Quran Dan Solat Sebagai Sumber Rujukan

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mengaku menghidap penyakit sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) sehingga membuatkan dia mempunyai masalah memori dan menjadikannya cepat lupa.

Namun begitu, perkara tersebut tidak menghalangnya untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai isu kesihatan mental.

Malah, aktres ini juga berkongsi bahawa setiap beberapa bulan, dia akan berjumpa dengan doktor pakar untuk  mengetahui kondisi dirinya.

“Saya sudah di diangnos dengan penyakit ADHD dah lama, dan setiap beberapa bulan saya akan pergi berjumpa doktor pakar dan mereka akan tanya keadaan saya, jadual saya macam mana, hubungan dengan suami dan anak-anak bagaimana.

“Sebab, perkara-perkara sebegini kita boleh ‘crosscheck’ dengan orang. Keadaan kita ni okay ke atau tidak dan dari situ kita boleh tahu jenis ‘suppot’ yang macam mana saya perlukan.

“Macam saya, menghidapi ADHD membuatkan saya mempunyai masalah memori. Saya jadi cepat lupa,” katanya.

Memetik laporan mStar, Diana turut menjelaskan, sokongan suami, anak-anak dan orang sekeliling antara kunci dan penguat semangat untuknya menjadi lebih posiitf.

Malah, nasihat yang kerap diberikan suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil juga sangat membantunya iaitu, sentiasa menjaga solat dan membaca Al-Quran.

“Memang suami saya akan sentiasa mengingatkan agar sentiasa jadikan Al-Quran dan menjaga solat sebagai rujukan, kerana dia memang sangat menjaga bab itu.

“Anak-anak saya pula bila saya lihat mereka gembira dan hidup mereka teratur automatik saya rasa hidup saya sendiri juga akan teratur. Jadi dengan anak-anak lain sikit lah sebab kita yang atur hidup mereka bukan mereka yang atur hidup kita.

“Dan bila kita tengok kita boleh bagi yang terbaik untuk anak-anak dan suami juga sedikit sebanyak dengan sokongan mereka, saya pun gembira dengan hidup dan tak rasa tension dan stress tak tentu hala and i feel good,” jelasnya.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 11 Mar 2020
Hiburan Sun, 27 May 2018

Al-Fatihah…Pengurus Artis Terkenal Meninggal Dunia

Sam mengendalikan syarikat pengurusan acaranya yang ditubuhkannya. Antara artis yang pernah menggunakan perkhidmatan Sam adalah Anuar Zain, Ning Baizura, Aiman Tino dan ramai lagi.

Hiburan Thu, 20 Sep 2018
Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Langgan Tonton Sekarang & Rebut Peluang ‘Healing’ Bersama Kunto Aji!

Wah, jom healing dengan Kunto Aji, langgan Tonton sekarang!

Trending Fri, 15 Jan 2021

Kerajaan Diminta Sedia Moratorium Menyeluruh, Tumpu Kepada B40 M40 Setiap Sektor

Kita doakan semoga ekonomi negara masih boleh dipulihkan!

Featured Fri, 21 Jul 2023
Events Fri, 18 May 2018

Sajat Dating Dengan Siapa Tu?

Untuk episod kali ini, Sajat kena menghadiri mesyuarat bersama Tan Sri Jojo, owner Concorde Hotel. Wah! Buat apa lah agaknya tu Sajat?

Featured Mon, 19 Feb 2024
error: Content is protected !!