Euforia Bola 2026
familuv By: Halimey Zamal January 19, 2023 @ 3:17pm

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah.

@suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok #fyp #anxiety ♬ Buah Hati – Armada

Menerusi perkongsian di akaun TikTok milik isteri Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, Uwais manja dan ingin tidur bersama datuknya.

Siti sempat berkata kepada cucunya, jika dia sudah dewasa nanti, Uwais tidak boleh tidur bersama datuknya kerana sudah mempunyai isteri.

Uwais sempat menjawab ringkas kata-kata neneknya itu.

“Tak adalah… Atok dah meninggal, Uwais tidurlah dengan isteri Uwais,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet berpendapat Uwais sudah memahami erti kehilangan dan ada juga yang terhibur mengenangkan nasib Raissuddin yang sudah berusia.

“Mesti atok rasa macam peluk Siti Sarah masa kecil, serupa sangat.

“Jawapan dia terlalu pasrah, sebab dia dah pernah rasa kehilangan.

“Dia dah faham one day orang-orang yang dia sayang akan pergi juga akhirnya,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Oct 2020
Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Individu Ugut Bunuh Harith Iskander Dihukum Lima Bulan & Denda RM2,000 – “Saya Berniat Mainkan Perasaan Saja…”

Tertuduh hanya berniat nak permainkan Harith Iskander, beri ugutan bunuh dan rogol

Trending Sun, 7 Nov 2021

“Abang Tak Bersalah” – Jadi Alasan Suami Isteri Bercerai, Aaron Aziz Luah Rasa Sedih

Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa sedih apabila namanya menjadi antara punca remeh kes perceraian pasangan Islam di negara ini. Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 45, berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman […]

Featured Mon, 31 Oct 2022
error: Content is protected !!