Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 19, 2023 @ 8:50pm

[VIDEO] Kuala Lumpur Negara Asia Kegemaran Dua Lipa – “Saya Pergi Sebuah Kuil…”

Penyanyi terkenal antarabangsa, Dua Lipa memberitahu Kuala Lumpur merupakan destinasi kegemarannya di seluruh negara Asia melalui program Most Requested Live With Romeo.

Menerusi perkongsian di TikTok @duafver, Dua menjawab soalan mengenai tempat yang paling menarik yang pernah dirinya melawat.

“Saya melawat banyak tempat tapi saya sangat suka dengan Kuala Lumpur. Saya pergi ke sebuah kuil yang cantik dimana saya sangat menyukainya.

“Saya rasa tiap kali saya pergi negara Asia, ia merupakan pengalaman yang seronok buat saya,” katanya.

Menurutnya lagi, dia masih belum sempat untuk meneroka tempat lain termasuk negara Eropah.

“Tapi saya banyak tempat yang belum pernah pergi lagi dan sama juga untuk negara di Eropah.

“Saya rasa setiap bandar sangat berbeza dan perkara tersebut membuatkan saya lebih teruja,” ujarnya.

@duafver Most interesting place Dua Lipa has ever visited? @Dua Lipa #dualipa #fyp #parati #viral #futurenostalgia #futurenostalgiatour #dualipaedits #dualipaedit #dualipavideos ♬ DESPECHÁ – ROSALÍA

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen daripada Malaysia berbangga apabila Dua memilih negara ini sebagai destinasi kegemarannya.

“Wow! Kuala Lumpur!

“Lah aku tak expect jawapan tu.

“Nice. Come to Kuala Lumpur again!,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Oct 2019

Belanjawan 2020: Cukai 30% Untuk Orang Berpendapatan Tinggi

Pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan insentif cukai untuk menyokong pertumbuhan PKS.

Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Hiburan Sun, 18 Feb 2024
Hiburan Wed, 10 Dec 2025
Hiburan Sun, 22 May 2022
Events Wed, 30 May 2018

Celebfest Paling Happening! Tampil Syafiq Kyle, Sasqia Dahuri, Izzue Islam & Erma Fatima

Rombongan artis Malaysia ke kota Singa itu adalah sebahagian daripada promosi portal penstriman tonton dan Singtel untuk Singtel CAST, yang membolehkan peminat negara jiran menonton seleksi program drama serta hiburan Malaysia secara atas talian.

error: Content is protected !!