Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida October 11, 2019 @ 8:24pm

Belanjawan 2020: Cukai 30% Untuk Orang Berpendapatan Tinggi

Golongan yang berpendapatan tinggi iaitu melebihi RM2 juta bakal dikenakan cukai yang lebih tinggi pada 30 peratus berbanding 28 peratus sebelum ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika mengumumkan kenaikan cukai pendapatan terhadap golongan kaya itu berkata, ia akan memberi kesan ke atas kira-kira 2,000 orang berpendapatan tinggi di negara ini.

Pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan insentif cukai untuk menyokong pertumbuhan PKS.

“Bagi terus menyokong pertumbuhan PKS, had pendapatan bercukai yang tertakluk kepada kadar 17 peratus akan dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM600,000, tertakluk kepada PKS dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Guan Eng turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada pesara kerajaan.

“Ia juga turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2019.”

Beliau juga mengumumkan Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta yang bakal manfaatkan 14,400 anggota bomba

Kerajaan juga mengumumkan bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia, serta kenaikan elaun RM2 sejam kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Kerajaan juga akan menaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 31 Oct 2022
Trending Mon, 3 Jun 2019

队友「吃鸡」太弱!让男气到心脏骤停

队友「吃鸡」太弱! 16岁少年玩六小时狂输,气到心脏骤停~

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Ganjaran Wanita Yang Melahirkan Masih Sama” – Izara Aishah Tak Ada Masalah Bersalin Guna Kaedah Suntikan Epidural

Izara sendiri menggunakan kaedah suntikan epidural sewaktu melahirkan kedua-dua anaknya.

Hiburan Sun, 4 May 2025
Selebriti Sat, 1 Jun 2024
error: Content is protected !!