Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 20, 2023 @ 8:02pm

Selepas Umum Tarik Diri, Peguam Siti Bainun Minta Netizen Bertenang – “Kami Tak Pernah Tinggalkan Bainun Pun”

Umum mengetahui pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, kini sendirian tanpa peguam yang mewakilinya dalam kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down, Bella.

Terbaharu, isu penarikan diri ini kembali hangat diperkatakan warganet apabila salah seorang peguam iaitu Asiah Abd Jalil memuat naik perkongsian foto bersama Siti Bainun, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Asiah memuat naik foto dia bersama Siti Bainun dengan meminta warganet agar kekal bertenang.

“Bertenang netizen semua. Kitorang tak pernah tinggalkan Bainun pun,” tulis Asiah.

Menjengah ke profil Asiah, beliau turut memuat naik hantaran terbaru dengan memberitahu sedang bermesyuarat bersama Siti Bainun.

“Meeting dengan anakguam.

“Saya masih mewakili Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur, termasuklah Pengerusinya, Siti Bainun binti Ahd Razali.

“Prosiding terhampir ialah Pendengaran Notis Usul yang difailkan oleh JKM di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 27 Januari 2023.

“Pertubuhan Rumah Bonda juga sedang siapkan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Pendaftar Pertubuhan.

“Netizen confused kettew?,” muat naik Asiah di Facebooknya.

Selasa lalu, Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan menerima notis penarikan diri peguam mewakili Siti Bainun daripada kedua-dua firma Asiah dan Nurul Hafidzah Hassan.

Pada 24 November tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella,13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Aka Kanak-Kanak 2001.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

OMG Sat, 21 Apr 2018

Imam Dari Palestin Maut Ditembak

Polis turut menemui dua slug peluru dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Al- Fatihah buat mangsa…

Featured Fri, 11 Oct 2024
Featured Tue, 30 Oct 2018

Anak Ini Kongsi Kisah Bapanya Dapat Ijazah Pada Umur 69 Tahun

Bapa ini mempunyai 5 orang anak dan 12 orang cucu.

Featured Thu, 5 Dec 2024
Featured Wed, 11 Feb 2026

Busana Ketat Azira Shafinaz Raih Perhatian, Warganet Beri Kritikan & Kecaman

Rata-rata warganet menganggap pakai tersebut seperti ‘romper baby’

Featured Sat, 20 Aug 2022

Tersilap Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’, Neelofa Mohon Maaf – “Saya Tidak Fokus Ketika Komen”

Saya sudah jelaskan pada Elisya yang saya tersilap taip – Neelofa

Trending Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Wed, 10 Dec 2025
error: Content is protected !!