Events By: Dharnieya Nur Amelsa January 21, 2023 @ 5:16pm

Rai Ulangtahun Ke-25, Dewan Filharmonik Petronas Tampilkan Sebuah Siri Konsert Dengan Artis & Band Tempatan!

Sempena meraikan ulangtahun ke-25, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dengan bangganya mempersembahkan siri konsert istimewa yang bakal menampilkan tujuh artis tempatan solo dan berkumpulan pada tahun ini.

Dikenali dengan mempunyai tahap akustika yang tinggi di Kuala Lumpur, Dewan berprestij ini bakal bergegar dengan penampilan artis solo dan kumpulan pelbagai genre muzik sejajar dengan matlamat DFP untuk menarik pelbagai golongan peminat muzik untuk menikmati dewan ini.

Siri konsert ini juga merupakan langkah berterusan DFP untuk menghargai artis-artis tempatan dengan menyediakan platform untuk mempamerkan bakat seni mereka.

Untuk permulaan konsert siri ini akan menampilkan penghibur lincah Stacy yang akan membuat persembahan pada hari Sabtu, 23 Februari. Beliau akan membawa peminat bersama-sama menyusuri perjalanan seni beliau selama 15 tahun melalui lagu-lagu dance music dan balada yang dipetik dari album-album beliau.

Bagi Legenda rock Dato’ Ramli Sarip pula akan mempersonakan hadirin melalui konsert bertemakan ‘Syair Timur’ pada hari Sabtu, 13 Mei 2023. Ini merupakan penampilan keempat Dato’ Ramli di pentas DFP selepas mengadakan konsert solo pada tahun 2010 dan menjadi artis undangan untuk konsert Dato Khadijah Ibrahim (2008) dan Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (2017).

Selepas itu, tibalah giliran kumpulan Exists mempersembahkan konsert pada hari Sabtu, 3 Jun 2023 menampilkan lagu-lagu malar segar dari karier seni yang menjangkau 30 tahun. Exists telah melahirkan 13 album dan memenangi banyak anugerah di upacara muzik berprestij. Pastikan peminat tegar kumpulan ini tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan malam bersejarah ini di DFP.

Diikuti juga dengan kumpulan indie terkenal, Masdo yang bakal mengambil alih pentas DFP pada hari Sabtu, 22 Julai 2023. Bakal menyerlah dengan muzik pop bernuansakan tahun 60an, kumpulan ini bakal menyampaikan lagu-lagu dari album hit mereka.

Orkestra Filharmonik Malaysia akan mempersembahkan sebuah konsert jazz istimewa di bawah siri konsert DFP ini pada hari Sabtu, 9 September 2023. Bertemakan MPO Jazz Band & Friends, konsert ini bakal menyaksikan MPO mempelbagaikan genre muzik persembahannya dan turut disertai oleh artis-artis undangan tanahair.

Bukan itu sahaja, artis muda berbakat besar Khai Bahar juga bakal mengalunkan suara merdu beliaupada hari Sabtu, 11 November 2023. Dari penampilan awal di platform YouTube dan Smule hinggalah ke penampilan terbaru di DFP ini, konsert ini bakal menjadi pencapaian terbesar beliau dalam arena senisuara. Khai telah merakamkan 30 buah lagu dan menggondol pelbagai anugerah tempatan berprestij.

Siri konsert ini bakal melabuhkan tirai melalui konsert Meet Uncle Hussain pada hari Sabtu, 2 Disember 2023. Konsert yang merupakan agenda wajib untuk peminat muzik indie tanahair ini bakal menyerlahkan bakat salah satu kumpulan rock berevolusi yang unggul di Malaysia.

Tiket-tiket berharga antara RM169 hingga ke RM369 boleh didapati di Box Office DFP atau layari www.dfp.com.my.

Semua konsert dijadualkan bermula jam 8.30 malam. DFP boleh memuatkan 920 penonton pada satu masa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 6 Jul 2023

Papar Sengketa Pelajar Sekolah, Bintang Cheongdam High School International Kongsi Pengalaman

Mencabar betul pengalaman Ye Rim dan Eun Saem.. Agaknya siapa pembunuh sebenar?

Featured Mon, 30 Mar 2020
Trending Mon, 8 Feb 2021

Rupanya Bakal Cikgu Kacak Ini Yang Menyanyikan OST Rahimah Tanpa Rahim!

Penyanyi baru, Aliff Iskandar bersyukur lagu nyanyiannya menjadi pilihan penerbit untuk dijadikan lagu tema drama bersiri. Kini, lagu terbaru bakal guru yang sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur berjudul Perit ini dipilih […]

Trending Thu, 21 Nov 2019

McDonald’s Making A Throwback To The 90’s, Bringing Back Iconic Toys In Its Happy Meals

McDonald’s iconic toys make a comeback for Happy Meal 40th anniversary celebration.

Featured Thu, 18 Nov 2021

Lagi Budak Lelaki Maut TerJatuh Dari Tingkat 16, Ibu Saudara Ditahan Miliki Rekod Jenayah Lampau

Ya Allah, makin ramai kes kanak-kanak jatuh dari bangunan kan?

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Syed Saddiq Berdebat Dengan Pemenang Piala Perdana Menteri Pagi Ini

Generasi muda mereka ini dilihat sebagai teraju utama dalam menjadikan Malaysia lebih baik.

Featured Wed, 18 Oct 2023
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Asyik Bawa Watak Perampas, Syazuwan Hassan Mula Jemu?

Korang rasa watak apa yang sesuai dengan Syazuwan?