Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 11, 2019 @ 3:23pm

‘Kekasih Luna Yang Mana Ya?’- Luna Maya Respon ‘Sindiran’ Baim Wong

Sejak kebelakangan ini, gosip antara aktres dan pengacara terkenal Indonesia, Luna Maya dan usahawan Datuk Wira SM Faisal Nasimuddin semakin hangat diperkatakan.

Menerusi tinjauan di laman Instagram, Luna dilihat menyertai ahli keluarga Faisal bercuti di Bali, baru-baru ini.

Namun begitu, Luna tidak berseorangan kerana percutian itu turut disertai oleh beberapa sahabat mereka.

Dalam masa sama, salah seorang rakan selebriti Luna sempat mengusiknya di sekeping gambar di Instagramnya.

 
 
 
View this post on Instagram

? #latepost✌

A post shared by Luna Maya (@lunamaya) on

“ Pacarnya (Kekasih) LUNA YANG MANA YAAAA ?????” tanya Baim Wong di ruangan komen.

Ternyata komen berkenaan menarik perhatian pengikut Luna yang berharap agar pasangan ini segera bersatu dalam masa terdekat.

Pertanyaan Baim Wong turut berjaya menarik lebih dari 2,000 tanda suka.

Luna secara berseloroh menjawab, Faisal hanya sekadar teman buat masa ini. 

Luna sebelum ini menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan Reino Barack namun hubungan itu musnah di tengah jalan selepas lima tahun bercinta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

FFM 34: Tak Kejar Trofi, Sharnaaz Ahmad Mahu Kemenangan Berdasarkan Kualiti & Ketelusan

Sharnaaz Ahmad tak letak harapan tinggi terhadap pencalonannya dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di FFM 34.

Featured Thu, 29 Aug 2024

Pertama Kali Tunai Umrah Sebagai Ibu, Mira Filzah Dukung Anak Sambil Tawaf 7 Kali -“Completed Our Umrah, Alhamdulillah!”

Alhamdulillah, moga dipermudahkan dan moga kita semua juga dijemput ke sana❤️

Featured Tue, 14 Jan 2025

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Manis, 40 Tahun Pasang ‘Impian’ Miliki Motor Berkuasa Besar

Sharnaaz kini berjaya memiliki moto berkuasa besar jenis CVO Road Glide ST.

Featured Tue, 23 Nov 2021
Hiburan Sat, 29 Jul 2023

Ernie Zakri Persoalkan Sikap Segelintir Pihak Suka Komen Menyakiti Hati Orang Lain – “Rasa Gempak Ke?”

Kalau tak mampu berkata yang baik baik, diam lagi bagus kan 😌 Hm sian Kak Ninie 💓🤗

error: Content is protected !!