Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 25, 2023 @ 4:48pm

Buat Baik Demi Harta, Pasangan Selebriti Didakwa Tengking Ibu Bila Tak Dapat Duit?

Baru-baru ini, muncul kontroversi yang mendakwa pasangan selebriti bersikap biadap dengan ibu bapanya.

Memetik laporan BOOM!, suami isteri tersebut dikatakan hanya berbuat baik ketika ibu bapa mereka memiliki wang di dalam bank dan hanya menghabiskan harta mak bapa.

Menurut sumber, pasangan yang serba berbakat dalam nyanyian, lakonan dan juga mengacara itu bertindak menengking ibunya gara-gara mempunyai masalah bayaran ketika PKP.

“Ada sekali tu katanya, si ibu ada masalah bayaran dek PKP, masa inilah si suami isteri yang suam-suam susu ini kemain biadap dengan ibu bapanya.

“Siap jerit dekat mak dan marah dengan suara beroktaf tinggi. Semua salah tak ada yang betul,” kata sumber.

Tambahnya, pasangan yang kelihatan baik dan lemah lembut ketika berbicara itu hanya muncul dengan ibu bapa apabila si ibu telah mendapat bayaran dan mengambil hati dengan mengirim hadiah setiap hari.

Kata sumber, si ibu mengatakan menantu perempuannya itu seorang yang baik, namun menjadi kurang ajar kerana ada gangguan syaitan dan buatan orang.

Khabarnya, segala perniagaan yang diusahakan pasangan tersebut tidak pernah berhasil.

Pasangan suami isteri itu pernah menjual air, makanan, tudung, baju, alat solek tetapi semuanya lingkup.

Sumber: BOOM!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Feb 2026

“Sayangku Yang Tinggal Buat Kami Hanya Kenangan Denganmu” – Ibu Titip Luahan Khas Sempena 6 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair

Pemergian Allahyarham Ashraf meninggalkan seribu satu kenangan manis buat mereka sekeluarga selain terpaksa menanggung rindu kehilangan anak tersayang.

FESYEN Mon, 17 Jun 2019
Featured Thu, 16 Mar 2023

Alami Gangguan Mental & Depresi, Individu Dakwa Mangsa Buli Uqasha Senrose? Ini Respons Tuan Badan

Uishhh, betul ke ni? Sampai mental and depressed individu tu 🥵

Hiburan Wed, 2 Oct 2024

Podcast Neelofa & PU Riz Dipuji Beri Ilmu Bermanfaat – “Penyampaian Mereka Mudah Difahami”

Alhamdulillah, suka tengok content podcast macam ni ❤️❤️❤️

error: Content is protected !!