Euforia Bola 2026
Acara By: Khairil Khusyairi January 25, 2023 @ 11:01pm

Tak Gentar Anjurkan Acara Bersebelahan Blackpink World Tour… Konsert Malam Bulan Bintang Himpunkan Siti Nurhaliza, M Nasir, Opick, Faizal Tahir, Sabyan & Ramai Lagi!

Barisan artis terkemuka tanah air dan antarabangsa seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir, Sabyan dan Opick bakal memeriahkan Konsert Malam Bulan Bintang.

Konsert bertemakan muzik Islamik kontemporari itu bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, pada 4 Mac 2023 dan bakal ‘bertembung’ dengan Blackpink World Tour yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, jenama itu mahukan sesuatu yang berbeza dalam menampilkan kelainan.

“Setiap tahun kami akan adakan sesuatu yang besar. Tahun lalu kami muncul di papan iklan elektronik yang terpampang di KLCC. Jadi tahun ini, kami mahu sesuatu yang dan berbeza, jadi timbul idea Malam Bulan Bintang menampilkan barisan artis popular tempatan dan antarabangsa.

“Team saya pernah ada pengalaman mengendalikan beberapa konsert menerusi jenama Hausboom Music sebelum ini dan tahun lalu, konsert itu dihadiri oleh 13,000 pengunjung.

“Jadi, untuk mengadakan konsert di Axiata Arena adalah satu cabaran yang perlu kami sahut. Kami mahu melakukan sebaik mungkin. Ia sangat mencabar tetapi bukan perkara yang saya perlu takutkan,” katanya.

Tambah Azzim, Malam Bulan Bintang bakal membawakan muzik-muzik Islamik kontemporari yang diiringi oleh band orkestra terkemuka ke halwa telinga penonton.

“Malam Bulan Bintang akan dimeriahkan lagi dengan tempat duduk yang bersudut 360 darjah serta sistem bunyi 360 darjah untuk memberikan penonton pengalaman bunyi yang berkualiti tinggi dan mengasyikkan.

“Sesi perkongsian Ramadan daripada penceramah undangan juga akan turut diselitkan di antara persembahan artis,” katanya lagi.

Tiket boleh dibeli secara online di www.ticket2u.com.my dan harga tiket jualan bermula dari Early Bird (Silver): RM49, Silver: RM99, Gold: RM119, Platinum: RM149 dan VVIP: RM199.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Yeay! Priyanka Chopra & Nick Jonas Terima Lesen Perkahwinan

Priyanka Chopra dan Nick Jonas ‘memperoleh lesen perkahwinan’ selepas berhenti di mahkamah Beverly Hills ‘untuk mengisi kertas kerja’

Hiburan Sat, 4 Jan 2025

Rizky Febian & Mahalini Nikah Semula, Perkahwinan Akhirnya Sah Di Sisi Agama

Pernikahan kali kedua Mahalini Rizky Febian kini sah

Hiburan Wed, 29 Oct 2025

“Anda Semua Memang Sweet” – Kamal Adli Hargai Usaha Netizen Pujuk Uqasha Senrose

Kamal Adli sebak dan terharu netizen bantu pujuk Uqasha Senrose

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Featured Thu, 10 Nov 2022

11 Pelajar Upsi Cedera, Bas Terbabas Ke Dalam Gaung

Satu kemalangan bas yang melibatkan kira-kira 60 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyebabkan 11 orang cedera di Jalan Slim Lama dekat Kota Malim Prima, pada petang Rabu. Bas yang dinaiki penuntut UPSI itu terbabas […]

familuv Tue, 12 May 2020

Cara elak si kecil buat perangai depan tetamu

Walaupun di rumah  sendiri, perlu berkelakuan baik

Trending Tue, 22 May 2018

Cuaca Panas Luar Biasa, 65 Maut Di Pakistan

Lebih meresahkan, orang Islam yang sedang menjalani ibadah puasa Ramadan dilihat ternanti-nanti waktu berbuka puasa kerana cuaca panas luar biasa itu amat mencabar buat mereka.

error: Content is protected !!