Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal May 19, 2018 @ 9:31am

Selalu Dating, Rahsia Bahagia Justin Timberlake Dan Isteri

Setelah enam tahun melayari bahtera perkahwinan, kasih sayang di antara pasangan selebriti popular ini terus kekal bahagia

Menurut Jessica Biel, dia dan suami Justin Timberlake ada resepi tersendiri di atas kebahagiaan yang melatari hubungan mereka.

Aktres itu mendedahkan dia dan Justin sentiasa melapangkan masa untuk keluar dating berdua-duaan seperti ketika di zaman bercinta dulu.

“Anda hanya perlukan masa untuk keluar berdua-duaan tanpa membawa anak dan situ suasana intim akan kembali mewarnai hubungan suami isteri.

“Justin selalu pesan pada saya yang kami tak boleh berhenti dating. Dia selalu ingatkan saya yang kita juga perlu ada masa untuk diri sendiri sama seperti sebelum mempunyai anak,” katanya memetik E!News.

Jessica dan Justin berkahwin pada 19 Oktober 2012 di sebuah resort di Fasano, Itali selepas lima tahun bercinta.

Hasil perkahwinan mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Silas Randall, 3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 25 Oct 2022
Events Mon, 2 Dec 2019
Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Wed, 2 Nov 2022

Mona Allen Nak ‘Cop’ Anak Che Ta Jadi Menantu?

Manis Aaisyah ni, ramai peminat! Hihiii 🤩☺️

Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Sering Berkongsi Video Rutin Di Gimnasium, Atiq Azman Dilabel ‘G*y’ – “Bolehkah Berhenti Dengan Mentaliti Bodoh Seperti Ini?”

Apa salahnya kan tayang body kat gym untuk motivasi gitu. Tak baik tau tuduh Atiq Azman g*y 🥵🤬

error: Content is protected !!