Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 27, 2023 @ 12:08am

Siti Bainun Takut Keluar Rumah, Akui Kehidupan Sudah Musnah – “Saya Hilang Segala-Galanya…”

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dirinya diugut bunuh, dicemuh dan hilang pendapatan sejak kes pertuduhan terhadapnya tular.

Memetik laporan Berita Harian, dia membela diri tanpa kehadiran peguam belanya menyatakan bahawa saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin telah menjejas dan memusnahkan hidupnya.

“Saya dikecam dan diugut bunuh sejak daripada kes ini tular sehingga ke hari ini, hampir setiap masa.

“Saya juga dicemuh, dihina disebabkan tindakan Zurianty menyebarkan video Bella yang disunting.

“Rumah Bonda juga ditutup dan saya sudah pulangkan rumah yang saya ubah suai bagi tujuan keselesaan penghuninya dengan wang sumbangan.

“Saya hilang pekerjaan, perniagaan makanan saya seperti dipulaukan. Pendek kata, saya hilang segala-galanya kerana tuduhan tidak berasas ke atas saya ini,” katanya.

Selain ugutan, dia juga takut untuk keluar rumah dan nyawanya pernah diancam semasa hendak mendapatkan rawatan di hospital.

“Saya dapatkan rawatan di hospital pun, ada jururawat yang cuba membahayakan saya sehingga peguam terpaksa masuk campur untuk pastikan keselamatan saya,” ujarnya.

Terdahulu pagi tadi, Hakim Izralizam Sanusi membuat penetapan prosiding kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella, perlu diteruskan kerana tidak mahu kes tersebut ditangguh lagi.

Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen di sini, Siti Bainun diperintah membela diri atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella,13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Sep 2022
Featured Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Hiburan Mon, 17 Jun 2019
Featured Tue, 10 May 2022

Nasi Goreng Kosong Dengan Telur Punca Pergaduhan Di Restoran

Pasal nasi goreng pun boleh bawa gaduh ke?

Hiburan Tue, 18 Nov 2025

Tabby Dolla Mohon Jangan Kaitkan Selebriti Lain Isu Berpakaian Seksi Dalam MV

Tabby memohon peminat untuk tidak mengaitkan isu tersebut bersama selebriti lain

Trending Tue, 23 Nov 2021

“Tangan Saya Menggigil & Jadi Berpeluh” – Pernah Hadiri Uji Bakat, Maya Karin Dedah Sebab Terlepas Watak Filem Crazy Rich Asians

Pelakon wanita tersohor, Maya Karin atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, 42, mendedahkan masalah kebimbangan melampau (anxiety) menjadi penyebab dirinya terlepas dua peranan besar. Menurut Maya, dia gagal memberikan yang terbaik persembahan terbaik sewaktu sesi […]

Trending Tue, 28 May 2019

胖不是你的错!肥胖还有等「坏基因」也会遗传

健康的身体人人都希望有,但您知道吗?高度近视、喝水就会胖、明明体重正常却有高血脂、恼人的过敏等症状,都很有可能是父母遗传给您的!

error: Content is protected !!