Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 27, 2023 @ 4:07pm

Peminat Teruja! Kerispatih & Sammy Simorangkir Bersatu Dalam Konsert Di Kuala Lumpur 24 Februari Ini

Keterujaan peminat Malaysia bakal berakhir apabila kugiran popular dari Indonesia, Kerispatih bakal memeriahkan industri muzik Malaysia pada 24 Februari 2023 dengan konsert sulung mereka yang berjudul ‘Moments Of Music Kerispatih with Sammy Simorangkir’.

Dibawakan oleh tiga penganjur iaitu 4ward, Tiger Wong Entertainment dan MHT Live, konsert kali ini pastinya istimewa kerana berjaya menyatukan Kerispatih dengan mantan vokalisnya, Sammy.

Dalam pada itu, konsert yang dijadualkan berlangsung selama dua jam ini turut memuatkan sebanyak 20 buah lagu hits Kerispatih yang diambil dari album Tak lekang Waktu (2008) sehinggalah Kerispatih And Friends (2010) iaitu, Bila Rasamu Ini Rasaku, Tapi Bukan Aku, Mengenangmu, Demi Cinta dan banyak lagi.

Menyedari peminat Malaysia teruja dengan kehadiran kumpulan popular ini,  Kerispatih dan Sammy sendiri mengaku sudah tidak sabar untuk datang menghiburkan peminat mereka pada Februari nanti.

“Jujurnya, kami sudah lama menanti kesempatan untuk kembali menyapa penggemar di Malaysia. Semestinya rindu, apalagi penggemar di Malaysia adalah antara pendukung terbesar kami.

“Mengambil semangat judul konsert ini, kami ingin berbagi nostalgia dan momen terbaik kepada semua menerusi barisan lagu yang akan dipersembahkan nanti.

“Ini pasti akan menjadi pertemuan perdana pada 2023 yang manis untuk dikenang dan diharap akan membuka lebih banyak pintu kami beraksi di sini pada masa akan datang,” katanya.

Kerispatih dan Sammy berkata demikian ketika sidang media secara virtual konsert ‘Moments Of  Kerispatih with Sammy Simorangkir’ pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif 4ward, Nashrul Nasir berkata, kesempatan kolaborasi menganjurkan Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir dengan produksi dari Indonesia adalah sebagai permulaan menuju lebih banyak kerjasama lebih besar pada masa depan.

“Sebagai penganjur tempatan, kami berbangga kerana dapat membawa Kerispatih dan Sammy Simorangkir kembali ke Malaysia, tentunya menerusi kolaborasi bersama dua penganjur lain konsert yang dijadual berlangsung 24 Februari ini bersifat mega,” jelasnya.

Manakala, selaku penganjur bersama Tiger Wong Entertainment, Baim Wong, melahirkan rasa sangat berbesar hati membawakan Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kepada peminat di Malaysia.

“Mengapa konsert ini diberi judul Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir adalah kerana kami percaya setiap penggemar mempunyai momen atau nostalgia tersendiri dengan lagu-lagu mereka.

“Kami mahu konsert ini kelak menjadi momen yang istimewa bukan sahaja buat Kerispatih dan Sammy Simorangkir yang sudah rindu bertemu peminat setia, tetapi juga buat penggemar yang mahu melihat persembahan mereka secara langsung,” ujarnya.

Untuk info, tiket konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir mula dijual pada 13 Januari lalu dengan harga RM255 (Cat 1- Festival : free standing), RM355 (Cat 2: VIP upper deck-premium seat), RM305 (Cat 3- VIP upper deck- normal seat) dan RM4,800 (VIP box).

Terbaru, satu lagi kategori tiket iaitu DIAMOND (seating) telah ditambah dengan harga sebanyak RM 555.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022

Terima Panggilan Daripada Ungku Ismail, Norreen Iman Menangis Nad Zainal Sudah…

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ di media sosial terkejut apabila menerima panggilan Ungku Ismail berkaitan keadaan Nad Zainal yang sedang sakit. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Norreen memberitahu Ungku Ismail […]

Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Featured Fri, 30 Aug 2024
Hiburan Wed, 21 May 2025

Marygrace Jadi Ikon Sabah, Gegar Marygrace Jadi Ikon Utama Wakil Sabah Dalam Kempen Gawai & Kaamatan

Marygrace muncul dengan lagu rasmi ‘Happy Gawai Kaamatan’, sebuah karya menyatukan budaya

Hiburan Mon, 22 Jun 2026

Ain Edruce Akui Buta Soal Kewangan Sebelum Kahwin, Suami Jadi ‘Guru’ Pelaburan

Ain Edruce mengakui dirinya kini lebih peka mengenai pengurusan kewangan selepas banyak dibimbing suaminya dalam soal simpanan dan pelaburan.

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Age Beautifully and Healthily with Anti-Ageing Recommendations

Gotta look good to keep up with the flow!

Trending Mon, 9 May 2022
error: Content is protected !!