Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 27, 2023 @ 7:00pm

[VIDEO] Kalenjar Limfa Besar & Faktor Genetik Punca Anak Azhar Sulaiman Nampak Cengkung & Kurus

Sedikit berbeza dari adik-beradiknya yang lain, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Leia Ixora mencuri perhatian dalam kalangan warganet.

Ia susulan penampilan fizikalnya yang lebih kurus berbanding adiknya yang juga pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sehingga membuatkan rata-rata pengikutnya menegur dan memintanya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun, Leia menegaskan, dia telahpun mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan mendapati dia tidak mengalami sebarang penyakit seperti yang didakwa segelintir netizen.

“Saya tiada masalah. Doktor cakap saya hanya kurus dan sempat bertanya adakah saya makan atau tidak.

“Dan saya sudah mendapatkan keputusan kesihatan saya, doktor memaklumkan kalenjar limfa saya agak besar,” katanya.

Leia, 23, berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya pada Khamis.

Tambahnya, keadaan fizikal yang kurus dan cengkung adalah disebabkan faktor genetik dan bukannya penyakit kronik.

“Semua orang tanya ada anoreksi, Leukimia, Hypertension atau hipertiroid dan jawapannya adalah tidak ada.

“Satu perkara yang saya boleh jelaskan adalah, ia hanya faktor genetik jadi, kalau masih ada soalan macam ni sila tanya ayah saya,” jelasnya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun di tonton lebih 500, 000 tontonan dengan lebih 31,000 tanda suka.

 

Terdahulu, Azhar Sulaiman berkongsi detik cemas apabila Kasih Leia Ixora dikatakan pitam selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 11 Januari lalu akibat menghidap  hipertiroid.

@azharbsulaimanKasih pitam kat parking lot PPUM just now….Nasib baik orang lalu lalang kenal saya…kalau tak sure dorang suspect saya cuba kidnap Kasih papah bawak masuk kereta….Phewww♬ original sound – Azhar Sulaiman

 

@azharbsulaimanKena start healthy lifestyle…..♬ original sound – Azhar Sulaiman

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Nov 2023

15 Tahun Menghilang, Waheeda Wassini Bakal Buat ‘Comeback’

Penyanyi dengan vokal terbai? Wah, agak-agak dengan siapa Waheeda bakal berkolaborasi tu?🤗

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

“Tak Berkat Rezeki Guna Video Itu, Saya Tak Izinkan” – Uyaina Arshad Tegur Peniaga Affiliate

Uyaina Arshad sifatkan peniaga Affiliate tak berkat ambil video tanpa izin

Trending Sun, 5 Jul 2020
Featured Wed, 18 Dec 2024

Bekas Isteri Letak Standard Terlalu Tinggi, Idzham Ismail Sukar Cari Pengganti

Idzham mudah terganggu apabila wanita yang bakal dikenalinya itu tidak mencapai ‘standard bekas isterinya.

Trending Fri, 13 Nov 2020
Featured Thu, 1 Aug 2019
Trending Mon, 3 Dec 2018

Duyung Pinggang Secekak a.k.a. Beby Maembong Dituduh Pondan, Sokong LGBT?

Beby Maembong adalah seorang wanita real, bukan pondan!

Hiburan Sat, 10 Mar 2018

Kali Ini Di Dakwa Membuat Laporan Palsu

Mengaku tidak bersalah dan sekarang didakwa membuat laporan palsu pula. Lepas satu-satu, harap dapat selesai dengan segera tanpa ada isu yang lain

error: Content is protected !!