Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 30, 2023 @ 1:58pm

Terpalit Isu Curang & Didakwa Hantar Mesej Lucah, Ini Respons Hafidz Roshdi

Baru-baru ini nama pelakon Hafidz Roshdi dipetik gara-gara didakwa berlaku curang dengan menghantar mesej lucah kepada wanita lain dan diketahui isterinya.

Tidak hanya berdiam diri, Hafidz, 29, memuat naik foto bersama isteri menerusi perkongsian di Instagram Story dengan menafikan dakwaan tersebut.

Di dalam foto tersebut, dia memeluk isterinya serta menggunakan lagu bertajuk Fitnah nyanyian Ical Mosh seolah-olah ingin menegaskan perkara tersebut adalah tidak benar.

Sementara itu, peminat kepada Hafidz turut memuat naik foto gambarnya bersama isteri dan memberitahu perkara itu hanyalah fitnah.

Terdahulu, menurut sumber, pelakon tersebut turut memadam gambar isterinya di Instagram dan hanya membiarkan foto bersama dua orang anak mereka sahaja.

Selain itu, timbul dakwaan isteri kepada pelakon itu terpaksa berdiam diri dengan isu curang suaminya itu kerana sedar dirinya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada suami.

Untuk rekod, Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mendirikan rumahtangga pada 30 April dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej Lucah Dengan Skandal Terbongkar, Pelakon Lelaki Berimej ‘Alim’ Didakwa Curangi Isteri?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Aug 2022
Featured Mon, 4 Oct 2021

Anak Sulung 4 Tahun Positif Covid-19, Hafizul Kamal Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon Hafizul Kamal dan anak sulungnya, Raisya Amanda disahkan positif Covid-19. Hafizul menerusi laman Instagram berkongsi berita itu kepada para pengikutnya. “Kami dua ketul positif Covid-19. Nak lepak gua. Alhamdulillah Sara dan Mieja negatif. “Raisya […]

Featured Thu, 8 Jun 2023

“Kami Berdua Panas Orangnya” – Awal Ashaari & Scha Alyahya Selalu Gaduh?

Love sangat couple ni tau! Moga terus bahagia💖💖💖

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kesian Tengok Muka Menahan Malu..” – Netizen Sedih Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu?

Aduhai, sanggup pula tu Kak Long 7E jadi macam tu 🥲 Netizen simpati tengok Kak Long, mungkin terpaksa terima sebab terdesak 😣

Featured Thu, 30 Oct 2025

“Saya Keluar Rumah Bersolek Pun Tak” – Alha Alfa Tepis Dakwaan Lelaki Tak Sesuai Pakai Makeup

Alha menegaskan, dia hanya mengenakan solekan ketika bekerja ataupun terlibat dalam mana-mana penggambaran.

error: Content is protected !!