Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 30, 2023 @ 5:30pm

Song Joong Ki Umum Kahwin, Katy Louise Saunders Sah Hamil Anak Pertama

Pelakon popular Korea Selatan, Song Joong Ki akhirnya mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan telah berkahwin dengan kekasihnya, Katy Louise Saunders.

Perkara itu dikongsi Jong Ki menerusi kenyataan rasmi di laman web rasmi kelab peminatnya pada Isnin.

“Hari ini saya ingin berkongsi perkara yang membahagiakan saya lebih dari apa pun.

“Saya berjanji untuk meneruskan dan menghabiskan hidup saya bersama Katy Louise Saunders.

“Dia bukan sahaja sentiasa berada disisi saya dan menyokong saya untuk menghabiskan sisa hidup saya bersamanya.

“Dan hari ini, berdasarkan kepercayaan dan kasih sayang yang mendalam antar asatu sama lain, kami dalam perjalanan pulang dari mendaftarkan perkahwinan kami untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri,”  katanya.

Menyifatkan isterinya itu sebagai seorang yang baik hati dan wanita yang bijak, teraju utama drama popular Vincenzo itu turut berterima kasih kepada Katy kerana menjadikannya sebagai seorang lelaki yang lebih baik.

“Dia memiliki hati yang baik, seorang wanita yang bijak, hebat dan saya amat mengaguminya. Saya juga ingin mengucaokan terim akasih kerana menjadikan saya seorang yang lebih baik,” kongsinya.

 

Selain berita perkahwinannya, Song Joong Ki juga memaklumkan, Katy kini sedang hamil anak pertama mereka.

“Semestinya kami bermimpi untuk mewujudkan kelaurga bahagia bersama.Kami telah meletakkan banyak usaha untuk memenuhi janji masing-masing.

“Kami sangat bersyukur kerana satu kehidupan barutelah hadir dalam hidup kami.

“Saya juga amat berterima kasih kepada peminat, yang sentiasa menghargai saya terutamanya, Ki Aile yang merupakan kekuatan terbesar sepanjang karier saya.

“Saya akan berusaha untuk sentiasa memberikan yang terbaik, untuk terbang lebih tinggi sebagai seorang pelakon dan individu yang lebih bertanggungjawab dan bersemangat,” jelasnya.

Terdahulu, gosip mengenai percintaannya bersama Katy Louise Saunders tular selepas foto pasangan ini tular di media sosial ketika kedua-duanya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Untuk rekod, Joong Ki pernah mendirikan rumah tangga bersama bintang popular, Song Hye Kyo pada 31 Oktober 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama Descendant Of The Sun.

 

Sumber: Soompi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 21 Feb 2020
Hiburan Sat, 7 Sep 2019
Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Wed, 17 Feb 2021

NTV7 Lancar Didik TV KPM Bermula Hari Ini, Platform Terbaik Buat Pelajar

NTV7 hari ini memeterai kerjasama dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”) dalam melancarkan saluran khusus TV Pendidikan dan Didik Hiburan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM). DidikTV dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri […]

Trending Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Tue, 13 May 2025

[VIDEO] Dituduh Sindir Fazura, Janna Nick Tampil Bersuara – “Yang G*la Itu Saya!”

Janna Nick nafi gelar Fazura perempuan gila, minta netizen jangan membabi buta

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Sebar Energi Positif Ke 150 Juta Pengikut, Usaha Ariana Grande Dipuji!

Ariana mengingatkan pengikutnya bahawa hidup lebih indah jika anda mengizinkan dan menggunakan energimu dengan tepat,

Featured Tue, 24 Mar 2020

Rouge Hermès serlahkan kecantikan semula jadi wanita

Nak beli beg tangan tak mampu, dapat gincu pun jadilah!

Trending Wed, 4 Apr 2018

Peminjam Lunas Hutang, PTPTN Berjaya Kutip RM 1.84 bilion

“Ini merupakan kesan positif daripada tindakan menyenarai hitam peminjam yang lalai membayar pinjaman. Ia jelas menunjukkan tindakan tersebut bukan untuk menindas tetapi mendidik peminjam supaya mereka lebih berintegriti dan bertanggungjawab membayar hutang,” katanya.

error: Content is protected !!