Featured By: Atiqah Johari January 30, 2023 @ 6:54pm

Gembira Atas Perkahwinan Nad Zainal, Bekas Isteri Chot Sempat Selit ‘Nasihat’ Padu Kepada…

Umum sedia tahu mengenai berita perkahwinan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail yang telah selamat bernikah pada 23 Januari lalu.

Sehubungan itu, ramai rakan selebriti dan juga warganet menitipkan ucapan tahniah buat pasangan sejoli itu.

Tidak ketinggalan, bekas isteri kepada pelawak Chot dilihat turut menzahirkan ucapan tahniah menerusi hantaran di Instagram Storiesnya baru-baru ini.

Menerusi hantarannya, Siti Zafirul Azzah atau mesra dipanggil Jaja sempat menitipkan pesanan makanan dalam kepada umum.

“Tahniah Nad Zainal. Gembira tengok kebahagiaan orang… janji jangan ambik hak orang.

“InshaAllah, Allah nak bagi yang lagi baik untuk Jaja & Ayash,” tulisnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Jaja mendedahkan bahawa ikatan perkahwinannya terlerai akibat daripada gangguan orang ketiga.

Malah, bekas suaminya itu kini telah sah berkahwin dengan wanita bernama Zurina Badron yang merupakan kakak kepada penyanyi, Syura Badron.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Dedah Bercerai Angkara Orang Ketiga, Chot Raja Lawak Baru Kahwini Janda Anak 3?

Namun begitu, hantaran tersebut dilihat telah dipadam oleh Jaja selepas beberapa jam.

Kredit foto: murai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Perdana Menteri Prihatin Nasib Pelakon Veteran, Mak Jah Terima Sumbangan

Alhamdulillah, semoga Mak Jah dapat gunakan sebaiknya sumbangan tersebut.

Featured Mon, 25 Apr 2022
Hiburan Sun, 11 Nov 2018

Nina Iskandar Belum Jemu Bawa Karakter Air Mata

Asyik bawa watak yang kena menangis, Nina Iskandar tak jemu ke?

Trending Fri, 5 Nov 2021

Nak Tonton K-Drama Atau Rancangan Popular? Kelajuan Internet Lebih Pantas Dengan Celcom!

Makin lama makin dah biasa duduk dalam rumah kan? Makin banyak luangkan masa dengan telefon, main game, tengok atau buat content TikTok yang menarik, kerja dari rumah, belajar secara dalam talian, tengok Live Instagram dan […]