Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 1, 2023 @ 7:13pm

“Mak Saya Yang Menilai & Zalim Kalau Saya Tak…” – Akui Selesa Bersama, Shuib Mohon Usah Banding Watie

Pelawak dan usahawan Shuib mengaku dia berasa selesa dengan kehadiran Watie Hanifiah dalam hidupnya.

Malah, dia menjelaskan isu keluar berdua menghadiri konsert 25 Years Lah Ahmad Live in Concert yang berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC) baru-baru ini adalah secara kebetulan memandangkan rakannya menarik diri di saat-saat akhir.

“Itu pertama kali saya keluar berdua dengan dia, sebelum-sebelum tu saya akan ada kawan-kawan yang lain. Pasal hari tu, sebab Lah bagi last minute jugak tiket jadi,  kawan saya tak jadi nak pergi. So, one day before saya tanya Watie,  kebetulan dia tak ada kerja. Tapi masa nak pergi tu saya rasa ngeri juga, masuk-masuk pula kebetulan masuk pintu depan.

“Tapi memang dah agak pun orang akan bercakap, tapi saya tak buat benda-benda yang salah dan selalunya mesti akan ada anak,” katanya.

 

Menjawab persoalan sering dilihat berpakaian sedondon apabila tampil dikhalayak, Shuib menegaskan, ia sememangnya kehendak Watie kerana dia seorang yang gemarkan cara pemakaian sedemikian.

“Ni saya nak bagitau, Watie ni dia memang suka pakai pakaian sedondon. Memang begitu kot perangainya. Dia akan bagitau ‘boleh ke kalau kita pakai baju sedondon?’,” jelasnya.

Shuib berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Kamya Fest 2023 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Mohamad memaklumkan, dia sedikit terkesan apabila orang luar sering membuat penilaian tentang Watie dan individu yang dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagi Shuib, sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan, adalah lebih baik jika sentiasa berfikiran positif apatah lagi kehadiran Watie dalam hidupanya adalah berdasarkan daripada penilaian ibunya sendiri.

“Kadang-kadang terkesan dan terasa hati  dengan netizen. Yang duduk dan yang kawan adalah saya. Tapi saya pelik orang membuat penilaian mungkin daripada yang lepas tapi siapa kita untuk menilai orang.

“Sebab kita pun bila kita menilai orang, kita takut apa yang akan berlaku kedepan untuk diri kita sendiri.

“Kadang-kadang terasa hati kenapa orang cakap kita macam ni… sebab kita sebagai contoh membuat penilaian pada seseorang tu, based on orang yang paling rapat dengannya. So, penilaian pada dia berlaku adalah pada mak saya sendiri, mak saya yang menilai dia jadi bila mak saya menilai dia yang baik-baik of course kuat untuk  mengatakan insya-Allah dia ni boleh.

“Tapi orang luar? Sentiasa membuat perbandingan dengan yang lepas. Tapi yang lain mereka okay pula?

“Arwah Sarah saya dah letak dalam satu tempat yang paling best dah… dan hingga ke harini  pun saya mencari-cari hari dimana saya tak ingat dia dan itu belum ada lagi.

“Saya percaya bila ada orang yang datang dekat kita pasti ada sebab-sebabnya. Dan zalim lah kalau saya tak hargai orang tu,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Jo Jung Suk and Gummy are Getting Married this Year

Congratulations to the engaged couple.

Featured Wed, 18 Oct 2023
Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Sun, 14 Oct 2018

12 Jenis Makanan Yang Tidak Sesuai Dimakan Penghidap Kanser

Pesakit kanser harus lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan berbanding mereka yang bukan penghidap kanser.

Trending Sun, 24 Feb 2019

美貌不过就是张皮囊!怪诞「鲜肉」照挑战你的审美观

在超市购买盒装的肉品时,你是不是也会拿起来审视一下肉的颜色是否鲜红,咦?这样「挑肉」是不是有点像我们在上传自拍照时,总会拍个N百次……

Trending Mon, 26 Nov 2018

让用餐变成玩游戏「工程车餐具」让小朋友乖乖吃饭

许多父母或是很多陪孩子玩的人都知道,让小孩可以乖乖开口吃饭,绝对不是件容易的事;美国有个公司推出一款「工程车餐具」……

Featured Mon, 30 Sep 2024
Trending Sun, 14 Feb 2021

“Darah Merata-Rata, Degupan Jantung Jadi Laju” – Awal Ashaari Cerita Pengalaman Kelahiran Anak Kedua

Pengacara Melodi, Awal Ashaari mencoretkan pengalaman melihat proses kelahiran anak keduanya. Menerima kehadiran bayi perempuan pada Jumaat lalu, Awal menceritakan pengalaman terbabit menerusi sebuah hantaran terbaru di laman Instagram miliknya. “The calm before the storm. […]

error: Content is protected !!