Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 1, 2023 @ 3:34am

Dipukul Suami Sehingga Koma & Terlantar, Sufian Suhaimi Hulur Bantuan Kepada Jahidah Nordin

Biarpun sudah dua tahun tragedi berlalu, mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 44, masih terlantar akibat kecederaan otak.

Koma selepas didera suami ketika hamil, Jahidah dan anak kini dijaga oleh adiknya, Fauziah Nordin di Seremban, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul Isteri Hamil Hingga Koma, Peniaga Mengaku Tidak Bersalah

Prihatin dengan nasib yang menimpa Jahidah, penyanyin Sufian Suhaimi menghulurkan bantuan menerusi inisiatif Tabung Kasih.

Sufian yang kini menjalankan bisnes bantal zikir dan al-Quran jenama Baby Pian menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit, barangan keperluan harian serta mengusahakan tabung pendidikan untuk anak mangsa, Eshan Nufail yang kini berusia lebih setahun.

“Tragedi yang menimpa Jahidah sangat dekat di hati saya. Saya berpeluang bertemu dengan Jahidah dan keluarga di kediaman adiknya bulan lalu.

“Saya sangat simpati selepas mendengar cerita Jahidah dan melihat keadaannya yang masih tidak bermaya biarpun selepas dua tahun kejadian itu berlalu.

“Jadi, saya tampil dengan inisiatif ini bersama team Baby Pian untuk membantu untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh Jahidah dan keluarganya. Kami juga membantu perkembangan anak Jahidah menerusi tabung Pendidikan, tabung kasih.

“Apa yang penting, kami mahu pupuk kesedaran orang ramai mengenai keganasan rumah tangga dan mahu orang ramai cakna dengan isu yang terjadi,” kata Sufian kepada XTRA.

Sufian ditemui pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Kasih di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Putrajaya, semalam.

Dalam majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu itu, jenama Baby Pian turut melancarkan produk terbaharu bantal nasyid, Kasih Pillow yang merupakan kolaborasi Sufian bersama kumpulan nasyid In-Team.

Pelantun lagu Terasa Ada tidak menyangka inisiatifnya bersama Baby Pian mendapat respons baik daripada KPWKM.

“Syukur Alhamdulillah, saya dan team sangat gembira dan berbangga kerana KPWKM turut memberi sokongan usaha yang kami jalankan.

“Kami mahu ia membuka mata ramai pihak untuk lebih mengambil tahu dan memupuk kesedaran mengenai keganasan rumah tangga. Jika berhadapan dengan isu seperti itu, wanita harus bangkit dan berani mempertahankan diri sendiri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jul 2025

Anak Dikritik Tomboy, DSV Doa Cik B Jadi Seperti Arwah Nurly Shahirah – “Hidup Penuh Cinta Pada Al-Quran”

DSV bidas netizen kritik Cik B tomboy, harap jadi seperti Arwah Nurly Shahirah

Hiburan Sat, 25 Nov 2023
Hiburan Mon, 9 Feb 2026

“Kena Kuat Untuk Anak-Anak…” – Pesanan Terakhir Along Eyzendy Buat Isteri Sebelum Pergi Selamanya Meruntun Jiwa

Menurut Hamidah, arwah suaminya sudah lama berpesan agar dia sentiasa kuat andai suatu hari terpaksa hidup tanpanya

Hiburan Thu, 14 May 2026

Filem Polong Jadi Detik Bermakna Buat Mimi Lana, Teruja Dapat Bergandingan Dengan Nadiya Nisaa – “Saya Adore Sangat Dengan Dia”

Mimi mengakui dia sudah lama meminati lakonan Nadiya sehingga pernah menangis ketika menonton drama lakonan aktres itu

Trending Sat, 31 Jul 2021

Santuni Golongan Asnaf, Bell Ngasri Bantu Ringankan Beban – “Mungkin Mereka Dah Lama Tak Makan Daging”

Pelakon dan pelawak Bell Ngasri memberi sokongan terhadap usaha mengagihkan daging korban kepada golongan memerlukan seperti golongan asnaf. Kata Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 41, menyantuni golongan asnaf melalui cara itu merupakan langkah murni […]

Featured Thu, 8 Sep 2022
error: Content is protected !!