Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 31, 2021 @ 10:45am

Santuni Golongan Asnaf, Bell Ngasri Bantu Ringankan Beban – “Mungkin Mereka Dah Lama Tak Makan Daging”

Pelakon dan pelawak Bell Ngasri memberi sokongan terhadap usaha mengagihkan daging korban kepada golongan memerlukan seperti golongan asnaf.

Kata Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 41, menyantuni golongan asnaf melalui cara itu merupakan langkah murni dalam masa sama dapat berkongsi rezeki antara satu sama lain.

Bell merupakan duta kempen Korban Untuk Ummah anjuran Yayasan Maghfirah yang diadakan baru-baru ini.

“Agihan daging korban kepada asnaf adalah satu benda yang baik untuk dilakukan, kerana golongan ini memang memerlukan bantuan.

“Kita tidak tahu, mungkin mereka dah lama tak makan daging, nak beli pun mahal.

“Jadi pandangan saya, apa yang dilakukan Yayasan Maghfirah, patut dipuji. Bila kita agihkan daging korban, maknanya kita bagi bantuan. Ia satu hal yang murni.

“Saya menyokong dan sama-sama dengan yayasan melakukan kerja agihan kepada golongan asnaf,” katanya.

Bersetuju dalam agihan daging korban secara drive thru bagi menjaga prosedur operasi standard, Bell merasakan kempen ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung golongan yang kurang berkemampuan.

“Ramai yang terkesan dek kerana wabak ini. Ada antara mereka yang tidak boleh bekerja sehingga hilang punca pendapatan.

“Justeru, saya berpendapat bahawa bantuan sebegini diberikan kepada mereka yang memerlukan pada masa yang sangat tepat,” ujarnya.

Yayasan Maghfirah menerusi program Korban Untuk Ummah telah menyantuni golongan memerlukan di Projek Perumahan Rakyat, Lembah Klang pada hujung minggu lalu.

Pengurus Besar Yayasan Maghfirah, Tuan Aulia Rahman berkata pihaknya mensasarkan untuk mengutamakan korban di dalam negara ekoran pandemik yang melanda ketika ini.

“Kita sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang peduli dengan nasib saudara-saudara mereka di sini dengan berkorban di dalam negara,” katanya.

Pada masa sama, sebanyak 40 ekor lembu dan 10 ekor kambing yang dibeli oleh penyumbang yayasan itu dikorbankan dan diagihkan kepada asnaf seperti ibu tunggal, anak yatim dan OKU dalam negara termasuk pedalaman Sabah.

Setiap keluarga asnaf akan menerima satu kilogram daging korban. Projek Korban Untuk Ummah ini juga turut dilaksanakan di beberapa negara luar iaitu Makkah, Afrika, Indonesia, Mesir dan Kemboja khas untuk golongan asnaf Muslim di sana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 23 Aug 2025
Featured Mon, 10 Jan 2022

Ditanya Bila Nak Tambah Anak, Ini Jawapan Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle menjelaskan alasan dia tidak menambah bilangan zuriat walaupun dua orang anaknya sudah mula membesar. Bagi Diana, pada usia anaknya yang begitu, mereka perlukan bimbingan dan input daripada ibu bapa sepanjang masa sebelum […]

Trending Wed, 20 Dec 2017

2018年选对吉日开工xtra好运

多数华人都会非常注重开工吉日,据说吉日开工,将可以确保在新的一年里顺顺利利。所以小编这里为大家整理了2018年开工吉日,大家不妨参考看看。

Featured Sat, 14 Mar 2026

“Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Isteri & Ibu Adalah Ibadah Paling Mulia” – Ozlynn 

Pelakon Ozlynn Waty berkongsi pandangannya mengenai peranan seorang wanita dalam menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Trending Mon, 30 Mar 2020
Featured Thu, 4 Mar 2021

Zoo Negara Bakal Dibuka Mulai Esok

Wah, dah boleh pergi zoo😍

error: Content is protected !!