Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 1, 2023 @ 6:13pm

Individu Tuduh Kelihatan Tak Bahagia, Mawar Karim Pula Dedah Dulu Duit Banyak Lesap? – “Alhamdulillah Sekarang Bahagia, Dulu Faham Sendirilah”

Baru-baru ini, ada individu meninggalkan komen kepada usahawan, Mawar Karim mendakwa dia kelihatan tidak secantik seperti dulu ketika masih menjadi isteri kepada pelakon, Fizo Omar.

“Naya Pak Karim, kenapa tengok tak cantik macam dulu… kesian tengok, dulu bahagia je, happy je tengok Fizo dengan wife dia sekarang kan,” kata individu itu.

Tidak berdiam diri, Mawar tampil membalas komen tersebut menyatakan bahawa kehidupannya kini lebih bahagia berbanding dulu.

Malah, Mawar turut memberitahu bahawa kini duitnya tidak lesap, tidak ditipu dan dipergunakan serta memberi bayangan bahawa dia perlu menanggung kehidupan keluarga ketika dia masih berstatus isteri.

“Masalahnya hang tau ka kita ni tak bahagia? Kita pernah serumah kot or pernah kenal ka.

“Mai sini tuan badan anak Pak Karim nak jawab, Alhamdulillah dik hidup sekarang ni lebih bersyukur, tenang sebab duit tak habis lesap.

“Kalau banding dulu hang faham-faham sendiri la takkan nak pi cerita 1 dunia apa yang saya kena tanggung selama itu,

“Yang penting tak kena tipu or diperguna selama ini pun alhamdulillah syukur dik buat kita bahagia,” balas Mawar.

Sekadar info, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama Fizo Omar pada November 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maryam, 5 tahun.

Namun begitu, perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mengesahkan telah bercerai pada Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Hargai Jasa, Neelofa Seru Bantu Wartawan Utusan

Neelofa tampil menyeru agar lebih ramai menyalurkan bantuan.

Trending Thu, 8 Mar 2018

Bumi Sabah Digegar Gempa 5.2 Skala Richter

Gempa bumi berukuran 5.2 skala Richer melanda Ranau

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Trending Sat, 23 Dec 2017

陪女生逛街「战死商场」的英雄们!

对于很多男生来说『购物』是一种折磨,但他们要怎么开口向他的爱人表明呢?(音乐响起:总是开不了口让她知道……)看过以下这组照片,你就会明白这些『商场英雄』的心声。

Trending Thu, 25 Oct 2018

Lelaki Mati Dipatuk Ular Kapak Angkara Lambat Bawa Ke Hospital

Ular itu mematuk belakang kakinya dan tidak mahu melepaskan gigitan tersebut.

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] “Bagi Isteri Makan Dulu, Baru Kita Makan” – Ramai Puji Sikap Prihatin Datuk K Terhadap Siti Nurhaliza, Anak & Menantu!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna @norazlin67 yang memaparkan gelagat keluarga penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menjamu selera di sebuah kedai makan. Berdasarkan hantaran tersebut, suami kepada Siti, iaitu Datuk […]

Featured Sat, 25 Oct 2025

“Apa Salahnya Akaun Anak Saya Tu Kena Report Beramai-Ramai” – Fazura

Ini adalah kali ketiga perkara tersebut berlaku dalam tempoh dua minggu.

error: Content is protected !!