Hiburan By: Fatin Nurain February 1, 2023 @ 5:36pm

“Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengesahkan aktres wanita yang menjadi punca pergolakkan rumah tangga yang dimaksudkan isterinya, Bella Astillah adalah aktres Sophia AlBarakbah.

Meskipun tidak menyebut nama, Aliff tidak menafikan wanita yang dikaitkan tersebut mempunyai kriteria yang sama dengan Sophia.

Menurut Aliff, setakat ini dia hanya menjalani satu pengambaran drama sahaja, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

“Saya rasa tanpa menyebut nama, saya sedang fokus buat satu drama sahaja. Jadi itu sahajalah heroin saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri saya pun tak sebut nama. Jadi lebih baik biarkan perkara itu begitu sahaja.

“Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang. Kami duduk dan secara rasional, berkomunikasi tentang isu ini.

“Saya pun tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan tanpa usul periksa. Dia tak akan melenting kalau tidak betul,” katanya.

Pelakon dan penyanyi itu ditemui ketika sesi sidang media drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang bakal ditayangkan di Slot Akasia, pada 6 Februari ini.

Dalam pada itu, Aliff turut mengakui kontroversi yang berlaku berpunca atas kekhilafan diri sendiri yang lalai untuk menjaga batas pergaulannya.

“Tiada siapa jangka kontroversi akan meledak. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga ikhtilat.

“Pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama,” jelasnya.

Demi menghormati isteri dan tidak mahu kontroversi ini berlarutan, pelantun lagu Sayang Sayang itu akur dengan syarat yang diberikan untuk tidak bergandingan lagi dengan aktres itu.

Malah, Aliff juga berharap agar Sophia tampil memberi penjelasan untuk menjernihkan kemelut yang sedang hangat diperkatakan netizen.

“Saya tidak boleh memaksa tetapi berharap agar pihaknya juga dapat beri penjelasan. Apa pun, terpulang kepada dia.

“Seperti apa yang Bella sudah katakan, saya menghormati dan akur jika itu boleh mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya,” katanya.

Terdahulu, Bella tampil mendedahkan seorang pelakon wanita telah mengganggu Aliff dengan membuat panggilan telefon berkali-kali dan menghantar pesanan sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.

Biarpun Bella tidak mendedahkan identiti aktres tersebut, rata-rata warganet mula menyerang akaun Instagram Sophia sehingga dia terpaksa menghadkan ruangan komen di media sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Pelac*r?” – Isu Pelakon Wanita ‘Tersuka’ Suami Orang, Ini Komen Pedas Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Sophia AlBarakbah Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah, Ruangan Komen Instagram Kena Serang

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Maher Zain Rakam Dua Lagu Baharu Tahun Ini

Korang dah dapatkan tiket ke belum? Dapatkan tiket di www.tixmalaysia.com.

Hiburan Tue, 4 Jul 2023

Melebarkan Sayap, Nadhir Nasar Jadi Director MV Malam Pagi Raih Pujian!

Fuhhh memang gempak habis lah MV Malampagi!! Congrats Nadhir

Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Trending Thu, 27 Jan 2022

Bekas Pemain Gitar Kumpulan Rock Popular Ditahan Ketika Lalok Di Studio Rakaman

Bekas pemain gitar kumpulan rock popular bersama adiknya ditahan dalam operasi dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ketika sedang ‘lalok’ di sebuah studio rakaman di Petaling Jaya, semalam. Kedua-dua individu berusia 46 dan 26 tahun itu […]

Featured Thu, 20 Apr 2023
TECH Sat, 6 Oct 2018

Jadikan Kad MicroSD Sebagai “Internal Memory” Telefon Pintar

Adakah anda memerlukan ‘extra storage’ untuk telefon bimbit anda? Kami ada cara untuk menukarkan kad micro sd anda daripada ‘external storage’ kepada ‘internal storage’.

Trending Thu, 5 Jul 2018

发胖是因为男友「不帅」美研究:另一半长相会影响体重

多数现代人,会拼命节食、减肥,认为瘦就是美,但你就是怎么样都瘦不下来,却百思不得其解呢?

Events Tue, 6 Feb 2018

10 INSTA-WORTHY LOCATIONS AT #GOGEGARIA 2018 FESTIVAL!

The #GoGegaria 2018 Festival is touring around Malaysia and the event will promise amazing pictures to fill up your Instagram profile for sure!

Trending Thu, 5 Sep 2019