Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 2, 2023 @ 7:11pm

Rapat Bersama Pasangan Heroin, Shahz Jaszle Syukur Isteri Tak Cemburu – “Lepak Sekali Pun Tak Ada Masalah”

Pelakon Shahz Jaszle menjelaskan mengapa perjalanan kariernya dilihat seolah menyepi ketika namanya berada di puncak kegemilangan.

Memetik laporan Melodi TV3, Shahz atau nama lengkapnya Shahrizal Jaszle Jasmin berkata, perkara tersebut adalah disebabkan dia sudah berumah tangga dan lebih memilih privasi dalam kehidupannya.

“Sebenarnya sebab saya dah berumah tangga, anak pun dah dua. Saya lay low lah, life pun berubah. Basically, saya lebih kepada family, more to private life.

“Berlakon tetap macam biasa tapi more to private life, tak lepak luar, no more social life.

“Sekarang tengah buat comeback, dari segi shooting, alhamdulillah, dan saya juga ke arah perniagaan,” katanya.

Shahz akui tidak berminat untuk mencipta sebarang kontroversi, malah tidak pernah lari daripada media dalam memberikan sebarang penjelasan.

“Buat masa ini, tiada (kontroversi), alhamdulillah. Sekarang semuanya isteri saya yang manage. Orang cakap lebih secure lah.

“Untuk saya, malaslah nak kontroversi ni dan kontroversi dulu pun bukan saya yang buat, orang lain yang buat untuk saya.

“Buat apa saya nak selindung dan lari, kalau benda Itu tiada apa pun. Insya-Allah semuanya akan baik,” kongsinya.

Sering mendapat perhatian setiap kali bergandingan dengan mana-mana aktres, pelakon drama Bila Hati Memilih Dia itu memberitahu isterinya, Hanis Husna tidak cemburu kerana sangat memahami.

“Saya tak rasa risau, kebanyakan pasangan gandingan saya isteri saya kenal, kami memang kawan, bila keluar, lepak sekali pun tiada masalah.

“Alhamdulillah, isteri saya tak cemburu, satu perkara yang perlu tahu, nak jaga perhubungan itu adalah dengan tidak berselindung mesej atau selindung kata kunci. Isteri saya ada kata kunci telefon saya, jadi benda itu tiada nak sorok.

“Ada juga orang bertanya isteri saya tak cemburukah kalau saya bergambar bersama peminat, isteri saya tak kisah tentang itu, alhamdulillah dapat seorang isteri yang sangat memahami.

“Dia tak mengongkong langsung sebab dia suruh saya cari duit lagi ada lah,” jelas Shahz.

Dalam pada itu, Hanis turut memaklumkan dia tidak rasa cemburu kerana menganggap suaminya hanya bekerja.

“Bagi saya, mereka hanya berlakon, saya tak cemburu, apa yang Shahz buat semua saya tahu. Saya tahu dia bekerja.

“Tak perlu sebab dia mencari rezeki untuk keluarga, kalau saya cemburu, macam mana Shahz nak bekerja kan.

“Saya percaya pada dia, semua dan apa yang dia buat dia beritahu saya,” ujar Husna.

Untuk info, Shahz mendirikan rumah tangga bersama Nur Hanis Husna pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: MelodiTV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Agaknya Kenapa Marsha Sebak Ketika Pelancaran Lagu Bimbang?

Bila dengar lagu Bimbangterus Min boleh imagine mesti drama Nur 2 ni lagi kontroversi

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Semangat ‘Abah’ Sentiasa Dekat -Neelofa

Syawal luar biasa bagi Neelofa & keluarga tahun ini…

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Ini Baru From ‘Zero To Hero’, Shuib Kini Bergelar Jutawan?

Jika jutawan, saya sudah ada wang berjuta-juta, tetapi saya belum sampai ke tahap itu. Insya-Allah, saya sedang berusaha ke arah itu kerana bukan baru setahun dua berniaga.

Trending Sat, 26 Dec 2020
Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Tak Mahu Dibayangi Drama Nur, Amylea Sedia Tunjuk Taring di AJL-33

Amylea memberitahu tiada sebarang gimik akan dilakukan di pentas AJL 33 nanti.

Featured Thu, 15 Jun 2023
Hiburan Tue, 8 Jul 2025
error: Content is protected !!