Euforia Bola 2026
Acara By: Afiq Kandi February 3, 2023 @ 5:00pm

Erna Elliyana & Shuib Sepahtu Anjur Kamya Fest, Tampilkan 20 Selebriti Popular

Barisan selebriti popular seperti Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor 88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan ramai lagi bakal memeriahkan Kamya Fest.

Dianjurkan oleh jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya, mereka memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat sempena penganjuran festival ini.

Berlandaskan objektif berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest bakal menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Inisiatif ini didorong oleh Pengasas Kamya yang juga merupakan penyanyi, Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur Bersama.

Kamya Fest bakal diadakan pada 10, 11, 12 Februari ini di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga.

Menurut Erna, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan.

“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan.

“Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih pengunjung seramai 50,000 dalam masa tiga hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada,” katanya.

Majlis sidang media Kamya Fest berlangsung di Hotel citizenM Kuala Lumpur yang turut dihadiri Shuib dan Pengarah Projek, Mohd Faizul Isa, baru-baru ini.

Tambah Shuib, dia berharap agar festival ini mendapat sambutan positif.

“Saya berharap agar festival ini mendapat maklum balas positif orang ramai yang bakal berkunjung untuk memeriahkannya.

“Selain produk makanan dan minuman, pelbagai kategori vendor lain juga akan menarik minat orang ramai seperti fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup. Bawalah keluarga anda kerana ia sesuai untuk seisi keluarga,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamya Fest (@kamyafestival)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Thu, 15 Aug 2019
Featured Mon, 15 Sep 2025
Hiburan Sun, 12 Jan 2020

Sherry Ibrahim Mahu Terus Berniaga Walaupun…

Kalau buat betul-betul, memang boleh untung banyak berniaga ni…

Featured Tue, 6 May 2025

Siti Hariesa, Shukri Yahaya & Amerul Affendi Lancar Bru Kedai Kopi, Promosi Drama Baharu Eksklusif Di Tonton!

Menariknya, setiap pelakon tampil dengan sisi berbeza berbanding watak-watak mereka sebelum ini.

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Era Of Live Party Tampil Memukau Dengan 3 Lagu ‘Berhantu’ Calum Scott

Cair dengar suara dia kan? Apapun, terus stay tune tengok E! News versi Malaysia di channel Youtube kami!

error: Content is protected !!