Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 21, 2018 @ 7:52am

‘Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka’

Isteri bekas perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menyimpan dendam terhadap individu yang berpaling tadah dan menyalahkan suami selepas kekalahan BN dalam PRU14, lalu.

Kata beliau dalam wawancara bersama akhbar Malay Mail kelmarin, beliau berharap segala masalah yang sedang melanda keluarganya dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Ia adalah perkara biasa dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan.

“Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu,” katanya.

Fokus beliau buat masa ini hanya mahu melindungi diri dan keluarganya dan yakin kehidupannya akan kembali normal secepat mungkin.

“Buat masa ini, kami hadapi apa jua yang berlaku dengan baik. Berada dalam keluarga politik, kami sudah biasa dengan keadaan ini.

“Ini adalah salah satu kesukaran dan bahaya dalam politik yang harus kami tempuh,” katanya.

Sepanjang sesi wawancara itu, Rosmah ditemani peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent dan M Puravalen, serta beberapa kenalan rapatnya.

Dalam wawancara itu juga, Rosmah berkata, kini beliau lebih bebas melakukan apa saja, termasuk tidur lebih lena.

“Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi. Saya tidak minta ia berlaku, namun ia kehidupan yang lebih baik, kini saya boleh melakukan apa yang saya mahu lakukan.

“Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka,” katanya.

Namun, Rosmah berharap, siasatan dan pemeriksaan polis di rumahnya dapat berakhir dengan cepat, kerana beliau dan keluarganya mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

Selain itu, beliau juga meminta polis melayani keluarganya dengan baik sebagai warga negara Malaysia.

“Saya boleh terima semua serbuan dilakukan hingga awal subuh. Saya faham keadaan itu.

“Saya percaya, seseorang itu tidak bersalah selagi tiada bukti dia bersalah. Oleh itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati,” katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin BN termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyalahkan Najib kerana kekalahan PRU14 dengan mengatakan mereka tidak berani menyuarakan pendapat kerana takut akan tindakan balas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Jan 2024

Dengar Suara Memanggil-Manggil, Nampak Melambai-Lambai…Ibu Sakit Rindukan Bella

Ibu mana yang tidak sayang anaknya, pulanglah Bella🤲🏻

Kisah Viral Thu, 7 Dec 2023
Trending Tue, 5 Jun 2018

Aeroplane Makes Emergency Landing Due to Man’s Horrible Body Odour

Passengers were even puking from the smell!

Hiburan Thu, 2 Jun 2022
Featured Fri, 23 Aug 2024

“Ibu Rela Berkorban Untuk Anak-Anak Walau Terpaksa Lalui Jalan Berduri” – Patimah Ismail

Sebaknya! Yang mana masih ada mak… tak kisahlah ibu tunggal atau tak, tolonglah jangan abaikan mereka! Setiap saat tu sangat berharga😭❤️

error: Content is protected !!